“TERIMA KASIH KERAJAAN BARISAN NASIONAL” - ABDUL HADI

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana memberi laluan kepada parti Islam itu membentangkan Rang Undang-Undang 355 (RUU355) di Dewan Rakyat sebagai usaha memperkukuhkan kuasa mahkamah syariah.

Bagaimanapun beliau menegaskan PAS tidak akan bersetuju dengan pihak yang menentang Islam dan begitu juga dengan pihak yang menyokong penentangan perjuangan Islam.

“Ada yang menerima pendekatan ‘agree to disagree,’ tapi bagaimana kita hendak bersetuju dengan kumpulan yang melawan Islam?

“Tetapi kita berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi laluan kepada RUU355 dan sesungguhnya kerjasama ini tidak akan dilupakan,” kata beliau ketika menyampaikan ucapan penggulungan dan penangguhan Muktamar Tahunan PAS Kali ke-63 pada Isnin.

Bagaimanapun, Abdul Hadi menjelaskan bahawa ucapan terima kasih kepada kerajaan itu tidak bermakna PAS dan Umno akan bekerjasama dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Seperti saya jelaskan sebelum ini, kerjasama (dengan kerajaan) boleh dilaksanakan atas perkara yang baik dan kebajikan.

“Tetapi perkara yang bercanggah dengan Islam, kita akan bantah dan menentang kerana itu pendirian kita yang terbuka,” katanya.

Selain itu, sambil mengingatkan kembali detik-detik akhir sidang Dewan Rakyat, Abdul Hadi memberi amaran kepada pihak yang cuba mempermainkan agama Islam yang dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.

“Saya berasa terhadap sikap dan akhlak murahan segelintir ahli Parlimen termasuk yang beragama Islam apabila melaungkan perkataan kurang ajar dan biadap ketika pembentangan RUU355 dibuat,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana