TEMPOH DIREMAN SEMBILAN INDIVIDU AKAN DILANJUTKAN...SYABAS SPRM

Tempoh reman sembilan individu termasuk dua ketua polis daerah dilanjutkan lima hari bagi membantu siasatan kes rasuah berhubung mengutip wang daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut sekitar Melaka.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman membenarkan tempoh reman disambung ke atas suspek-suspek terbabit sehingga Sabtu ini.

Mereka sebelum ini direman enam hari sejak 17 Mei lalu bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Selain mereka, seorang anggota polis lagi berpangkat koperal dan seorang orang awam turut direman berhubung kes sama.

Penahanan 11 suspek itu merupakan usaha SPRM untuk membanteras kegiatan rasuah melibatkan judi dan rumah urut haram yang masih berleluasa ekoran sikap tidak berintegriti termasuk dalam kalangan pihak berkuasa. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana