TANAH NEGERI PULAU PINANG AKAN HABIS DIJUAL JIKA BIAR DAP MEMERINTAH

Sedang Kerajaan DAP Pulau Pinang sentiasa mendabik dada kononnya mereka mengamalkan pentadbiran yang telus, bersih dan akauntabiliti, rakyat pula sebenarnya sedang gundah gulana kerana masa hadapan negeri itu kini semakin kelam dek kerana kerakusan kerajaan negeri menjual tanah.

Sejak parti rasis dan cauvinis DAP memerintah Pulau Pinang, banyak perubahan yang dilakukan hanya semata-mata untuk kepentingan sendiri sehingga memberi bebanan dan derita kepada rakyat negeri Pulau Mutiara itu.

Namun seperti kebiasaan taktik licik DAP untuk menyedapkan telinga rakyat, kononnya tindakan mereka itu untuk bagi kesenangan rakyat juga. Itulah sikap jelik parti yang diterajui Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sering gula-gulakan rakyat dengan janji-janji manis yang sememang tidak boleh dipercayai.

Itu hanya sebagai ‘umpan’ untuk ‘pancing’ sokongan sahaja. Kerakusan kerajaan DAP Pulau Pinang menjual hartanah kepada pelabur dalam dan luar negara sememangnya tidak boleh dinafikan lagi.

Ini dapat dilihat apabila Kerajaan DAP Pulau Pinang akhirnya mengesahkan apa yang beberapa NGO telah mendakwa mengenai tanah negeri Peel Avenue.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengesahkan tidak ada tender terbuka mahupun sebarang tender dan projek ini telah diluluskan tanpa rundingan awam terlebih dahulu – yang kedua-duanya DAP telah berjanji bahawa mereka akan sentiasa lakukan bagi setiap projek mereka.

Alasan paling mudah apabila mengakui tanah dimiliki kerajaan negeri dijual tanpa sebarang tender terbuka malah dilakukan secara senyap.

“Projek mega Hospital Island Pulau Pinang di Peel Avenue dianggap sebagai pelaburan terus asing maka tidak perlu melalui sistem tender terbuka,” kata Guan Eng.

Malah ia turut mendedahkan Kerajaan DAP Pulau Pinang dengan pantas telah menjual tanah negeri 6.4 ekar pada RM156 juta, di mana RM30 juta sudah dibayar, kepada sebuah kumpulan pengendali hospital mewah swasta yang didakwa Guan Eng sebagai mampu ‘melonjak’ pelancongan perubatan di Pulau Pinang.

Penjualan tanah kerajaan negeri ini, di mana beberapa banglo zaman kolonial terletak di situ, dianggarkan bernilai RM550 bagi setiap kaki persegi, bertentangan dengan dinilai NGO iaitu RM1,000 bagi setiap kaki persegi di kawasan itu.

(RM550 sekaki persegi adalah jauh lebih tinggi daripada RM280 sekaki persegi yang Lim Guan Eng bayar untuk tanah banglo mewahnya di Jalan Pinhorn).

“Ini pasti akan menaikkan kemarahan para NGO Pulau Pinang lagi. Jelas sekali, RM156 juta akan menjadi amat berguna bagi membiayai peningkatan 5 kali ganda perbelanjaan tahunan negeri Kerajaan Negeri Pulau Pinang daripada RM280 juta kepada RM1.5 bilion tahun ini.

“Sudah pun, berpuluh-puluh bilion tanah dan aset negeri Pulau Pinang telah dijual atau didagangkan sejak DAP mengambil alih kuasa pada tahun 2008.

“Saya fikir sesiapa sahaja – termasuk Superman Hew – boleh meningkatkan penjualan aset negeri untuk membiayai perbelanjaan tahunan negeri yang melonjak dan kemudian menunjukkan terdapat lebihan, mendakwa mereka telah “berjaya” mengurus,” kata penganalisis politik, Lim Sian See.

Sebelum ini, EXCO DAP Chow Kon Yeow telah mengakui bahawa tidak ada banyak lagi tanah kerajaan yang tinggal –
terutamanya di sebelah pulau.

Maka, anda sepatutnya tertanya-tanya berapa banyak tanah lagi yang akan tinggal apabila DAP akhirnya tidak lagi memerintah?

Oleh demikian, DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang perlu menjawab berapa banyak tanah yang tinggal, mengapa tiada tender terbuka dibuat dan tiada rundingan awam sebelum projek hospital mewah ini diluluskan.

Malah, mereka juga perlu menjawab apa bezanya projek ini dengan isu Taman Manggis di mana ia dijual pada 2010 pada harga di bawah nilai pasaran bagi ‘membina sebuah pusat perubatan’ dan Guan Eng berkata ia adalah untuk melonjak pelancongan perubatan di Pulau Pinang namun sehingga kini ia hanya sebidang tanah kosong yang dipenuhi lalang selama tujuh tahun. – Utaranews.com

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana