Taksub Anwar.... Ketua Pemuda PPBM balun PKR 'kaw-kaw'...Kau Sama JUgak Taksub pada MAdey

Perang dan kecam mengecam antara pemimpin PPBM dan PKR mengenai tindakan Tun Mahathir Mohamad di Kongres PKR baru-baru ini masuk babak baru dengan surat terbuka daripada 'orang baru yang jambu' dalam politik pembangkang di Malaysia.

Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempersoalkan tindakan PKR yang cuba memaksa Mahathir bersetuju melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri pilihan pembangkang.

“Janganlah taksub sampai soal perlembagaan, undang-undang dan strategi memenangi pilihan raya dikebelakangkan kerana ketaksuban sesetengah pihak,” Syed Saddiq menulis dalam surat terbuka kepada Pakatan Harapan hari ini.

“Ketaksuban ini sampai ke satu tahap di mana rakan seperjuangan di ‘ambush’ semasa Kongres PKR.”

Saddiq berkata insiden Ahad lalu di mana ratusan perwakilan PKR bersorak sambil membawa sepanduk “Anwar PM ke-7”, seolah-olah cuba memalukan Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Apakah motif tindakan tersebut? Adakah suatu kepuasan dan kebanggaan bagi mereka di sebalik tindakan ini yang dapat memalukan Tun, Muhyiddin dan PPBM? Adakah mereka merasakan sokongan rakyat khususnya orang Melayu akan bersama mereka dengan perlakuan sebegitu yang mampu mencalar keutuhan bersama dalam Pakatan?” soal Saddiq dalam surat terbuka kepada Pakatan Harapan pada Selasa.

Saddiq berkata soal siapa jadi perdana menteri boleh diselesaikan melalui bancian atau undian oleh sebuah badan bebas.

“Menggunakan strategi ini bolehlah kita mengenal pasti siapakah pemimpin wibawa yang menjadi harapan rakyat ketika ini dan dijadikan garis panduan dalam perbincangan Pakatan Harapan untuk siapa yang lebih layak menerajui Malaysia,” katanya.

Saddiq dalam surat terbukanya berkata Mahathir amat menitik beratkan perpaduan di antara parti pembangkang sehinggakan beliau yang pernah mencadangkan nama Muhyiddin sebagai perdana menteri kini tidak lagi mahu mengungkit perkara itu selepas menerima reaksi negatif.

“Namun apa yang berlaku di Kongres PKR adalah amat sedih dan mengecewakan sekali. Mahathir dan PPBM jelas diserang, kongres yang seharusnya mampu dijadikan medan penyatuan untuk mengikat jiwa yang terpisah bertukar menjadi medan melempias kekecewaan dan kemarahan lampau tanpa sedikit pun memikirkan soal sensitiviti semasa dalam misi bersama dalam Pakatan Harapan untuk menawan Putrajaya,” katanya.

Mac lalu, PPBM menyertai Pakatan Harapan dianggotai PKR, DAP dan Amanah, menjadikan parti itu rakan ke-4 gabungan pembangkang yang turut merancang menggunakan satu logo pada pilihan raya umum akan datang.

Tetapi Saddiq hari ini mempersoalkan sama ada PKR kini tidak senang dengan kehadiran PPBM dalam Pakatan Harapan.

“Adakah mereka tidak mahu lagi bekerjasama dengan PPBM? Sejauh mana keikhlasan mereka menerima PPBM dalam Pakatan Harapan?” soalnya.

Mahathir dan pimpinan PPBM yang hadir bagaimanapun menandatangani petisyen menyokong pembebasan Anwar, yang kini menjalankan hukuman 5 tahun penjara.

“Tapi semua itu seakan tidak dihiraukan apabila kepimpinan tertinggi PPBM ini seakan ‘dipaksa’ dan ‘diperangkap’ untuk menyatakan pendirian atas sokongan kepada Wan Azizah dan Anwar Ibrahim selaku perdana menteri Malaysia ke-7! Walhal tiada sebarang perbincangan apatah lagi kesepakatan yang dicapai mengenai siapa yang bakal menjadi perdana menteri,” tulis Saddiq merujuk presiden PKR yang dicadang menjadi perdana menteri sementara menunggu suaminya dibebaskan.

Saddiq berkata beliau faham sejarah “pahit” lalu yang menyaksikan permusuhan penyokong Dr Mahathir dan Anwar.

“Namun adilkah apabila dalam kalangan ahli dibiarkan untuk terus disemarak api kebencian dan dendam andai kiranya kesalahan yang suatu masa pernah dilakukan bapak-bapak kita hingga rakyat terhukum?

“Kita hanya mewarisi pertelingkahan silam yang cukup menghukum rakyat, namun adakah kita sanggup untuk membiarkan rakyat menderita keranakesalahan lalu dan kelemahan kita masa kini hinggakan UMNO mampu terus berkuasa. Ini bukan lagi salah UMNO,” tulisnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana