TAK MUDAH UNTUK PPBM TAWAN KEDAH, KATA PENGANALISIS

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak mungkin dapat menawan Kedah kerana sokongan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak, masih kukuh di negeri berkenaan.

Penganalisis politik yang juga pensyarah kanan di Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata, ia ekoran strategi pembangunan yang dilaksanakan dengan cekap oleh kerajaan negeri Kedah.

“Masih terlalu awal PPBM menyatakan hasratnya untuk menawan Kedah. Ia dilihat hanya sekadar kenyataan politik yang dibuat bagi menimbulkan keresahan kepada parti lain supaya bekerja lebih keras.

“Saya kira mana-mana parti boleh menyatakan hasrat masing-masing. Ia perkara biasa. Namun apakah anggapan itu benar? Berdasarkan senario semasa serta sokongan parti itu di Kedah, ianya tidak mudah,” katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.

Tambahnya, kemelut dalaman yang melanda blok pembangkang mutakhir ini yang menyaksikan kecelaruan gabungan berkanaan, bakal memberi kelebihan kepada BN.

Terdahulu, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin membayangkan hasratnya untuk menerajui gabungan tiga parti dalam Pakatan Harapan di Kedah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Muhyiddin turut yakin mandat besar kepada PPBM di Kedah itu bakal dipersetujui rakan pembangkang lain membabitkan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).

Sebelum ini, Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh juga menyatakan kesediaan PAS untuk memenangi majoriti kecil dan seterusnya merampas kembali pentadbiran Kedah pada PRU akan datang.

PRU14 kali ini dijangka bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara BN, Pakatan Harapan dan PAS yang mengisytiharkan akan berjuang menerusi satu lagi blok pembangkang, Gagasan Sejahtera. -AP

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana