TAHALUF SIYASI : PAS PUTUS DENGAN PKR, MUNGKIN JALIN DENGAN UMNO....ALHAMDULILAH

PAS tidak menolak kemungkinan untuk menjalinkan tahaluf siyasi dengan Umno pada masa akan datang.

Mursyidul Amnya, Hashim Jasin yang dipetik Utusan Online berkata, ini kerana parti berkenaan sentiasa bersikap terbuka dalam sebarang rundingan dengan syarat kerjasama dengan mana-mana pihak itu mesti dipimpin oleh Islam.

Menurut Hashim, tindak-tanduk Umno termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang meletakkan konsep Islam dalam pentadbiran memungkinkan perkara itu berlaku.

“Kita bersedia bertahaluf siyasi bukan sahaja dengan Umno tetapi dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain termasuk Parti Cinta Malaysia (PCM) yang menunjukkan minat,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan jentera pilihan raya PAS Kawasan Kepala Batas di sini hari ini.

PAS kini tidak menyertai parti pembangkang lain bersama Pakatan Harapan (PH), sebaliknya menubuhkan blok politik ketiga, Gagasan Sejahtera bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (Berjasa).

PAS hanya mempunyai tahaluf siyasi dengan PKR, namun ia telah terbatal selepas Majlis Syura Ulama PAS baru-baru ini membuat ketetapan untuk membatalkan hubungan yang dijalin sejak 2008 itu.

Bagaimanapun, pentadbiran kerajaan Selangor yang turut dianggotai PAS menerusi kerajaan Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP, berjalan seperti biasa sehingga Jawatankuasa PAS Pusat bermesyuarat bagi menentukan kedudukan tiga Exco PAS di Selangor.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana