TABUNG HAJI & SRC : SEKALI LAGI RAFIZI RAMLI KANTOI MENIPU KITA SEMUA

Dua hari dahulu, YB Rafizi Ramli buat tuduhan liar tentang Tabung Haji dan SRC lagi.

Tuduhan beliau begini:

“Sekitar masa yang sama (Disember 2014), Tabung Haji telah membeli 30% pegangan di dalam syarikat induk Putra Perdana Berhad dan menyuntik sejumlah RM193.5 juta ke dalam Putra Perdana Berhad, yang menimbulkan tanda tanya sama ada sebahagian dari wang RM193.5 juta itulah yang dipindahkan ke akaun SRC (RM170 juta) dan kemudiannya dipindahkan dan ditunaikan oleh Ariffin Ismail Shahul Hameed?”

Dia menuduh bahawa SRC menggunakan wang Tabung Haji untuk membayar balik RM170 juta kepada SRC.

Orang ramai boleh semak bahawa jumlah saham Putrajaya Perdana tidak bertambah dari tahun 2013 ke kini walaupun Tabung Haji sudah ambil-alih kepentingan 30%.

Ini bermakna ini bukan suntikan modal baru didalam Putrajaya Perdana yang akan menambahkan jumlah saham tetapi membeli saham asal dari pihak lain.

Suntikan modal bermaksud wang TH akan masuk ke Putrajaya Perdana.

Membeli saham dari pihak lain maksud wang TH akan dibayar kepada pihak penjual.

Ini bermakna bahawa wang dari Tabung Haji langsung tidak mungkin diguna oleh Putrajaya Perdana untuk membayar balik SRC.

Selepas TH melabur dalam tahun 2014 pula, penjualan tahunan dan keuntunggan Putrajaya Perdana meningkat dari RM62 juta untuk tahun 2013 kepada RM80 juta bagi tahun 2015.

Rafizi Ramli telah jelas kantoi menipu ataupun YB tidak faham perbezaan diantara suntikan modal dengan transaksi jual-beli saham sedia ada.

Wang RM170 juta SRC sudah dibayar balik tetapi Rafizi masih tidak puas hati.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana