Syukur PAS mula iktiraf peranan UMNO

Tiada ungkapan lain yang sesuai dilafazkan kecuali rasa bersyukur kepada Allah apabila kepimpinan PAS telah mula mengiktiraf segala sumbangan dan usaha Kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selama ini, kata Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, ini membuktikan prinsip Maqasid Syariah yang diamalkan dalam kepimpinan Perdana Menteri mula difahami oleh orang lain terutama PAS.

Jelasnya, selama ini Najib telah beberapa kali menyatakan bahawa beliau adalah Perdana Menteri semua kaum dan bukan untuk ahli partinya sahaja.

“Kepimpinan memimpin berasaskan prinsip Maqasid Syariah yang mana matlamat asas yang utama dibawah kerajaan pemerintah adalah untuk berlaku adil.

“Ini terbukti dalam banyak perkara yang menunjukkan kerajaan persekutuan tidak zalim kepada rakyat terutamanya pembangkang.

“Antaranya Datuk Seri Najib telah membenarkan PAS membentangkan usul pindaan RUU355. Ini contoh terbaik dengan membenarkan Presiden parti pembangkang Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul pindaan RUU355,” katanya ketika dihubungi BNBBC.my portal, pada Selasa.

Semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang merakamkan penghargaan terima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional kerana memberi laluan kepada parti Islam itu membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) 355 di Dewan Rakyat pada 6 April lalu.

Abdul Hadi berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan dan penangguhan Muktamar Tahunan PAS Kali ke-63 di Kedah.

Ditanya adakah tindakan PAS ini satu pertunjuk bahawa parti itu sedia bersatu dengan UMNO, Asyraf menjelaskan, ia tidak boleh dijadikan kayu pengukur untuk meramalkan kedua-dua parti boleh disatukan suatu hari nanti.

Menurutnya, UMNO lebih selesa mengamalkan konsep ‘Taawun’ iaitu tolong menolong dengan mana-mana parti demi menegakkan syiar Islam dan kepentingan orang Melayu.

“Pendekatan kita tidak sama dengan konsep ‘tahaluf siyasi’ seperti Pakatan Harapan.

“UMNO sentiasa mengamalkan prinsip Taawun dengan semua pihak dalam memartabatkan Islam dan menjaga kepentingan orang Melayu.

“Tidak semestinya kedua-dua parti perlu bersatu, selagi mana ia berkaitan dengan Islam dan orang Melayu kita boleh menjalinkan kerjasama seperti yang UMNO dan PAS lakukan sekarang,” jelasnya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana