Syabas Najib Apa Nak Takut Jika Buat Kerja Yang Betul!!!!! PM umum Arul Kanda kekal sebagai CEO 1MDB…

Spekulasi yang cuba dimain oleh DAP kononnya kedudukan Arul Kanda sebagai CEO 1MDB goyang ekoran pembatalan perjanjian jual saham projek Bandar Malaysia dengan syarikat dari China baru-baru ini nyata mengarut.

Ini bila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri beritahu Arul Kanda akan kekal sebagai CEO  1MDB.

Malah katanya beliau mempunyai keyakinan penuh padanya.

Beliau beritahu demikian kepada wartawan Malaysia di Beijing Isnin.

Katanya beliau ingin menjelaskan hal ini kerana terdapat pelbagai khabar angin berlegar.

Menurut Perdana Menteri Arul Kanda telah memimpin dengan baik dalam usaha rasionalisasi 1MDB dan akan terus kekal di situ.

Najib juga kata Arul Kanda akan terlibat dalam pembangunan projek Tun Razak Exchange (TRX).

Manakala bagi Bandar Malaysia, Ketua Setiausaha Perbendaharaan akan mengetuainya namun akan berunding dengan Arul Kanda mengenai rancangan masa depan projek itu.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua mendakwa kononnya kerajaan sudah hilang keyakinan pada Arul Kanda ekoran pembatalan perjanjian jual  60 peratus ekuiti Bandar Malaysia kepada Konsortium Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH)-China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (CREC).

Tony Pua dilapor oleh media DAP Roketkini  sebagai berkata ,“Soalan seterusnya dalam fikiran semua orang adalah, ekoran kini Arul Kanda kehilangan kepercayaan daripada Kementerian Kewangan, adakah peranan dia sebagai Presiden dan CEO 1MDB akan terus bertahan, dan untuk berapa lama?”.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana