SUDAH MASANYA KITA PERLU LUPAKAN PAS – ANWAR

Anwar mahu pimpinan, ahli PKR lupakan Pas

Kepemimpinan dan ahli-ahli PKR diminta supaya melupakan terus Pas yang tidak lagi mempunyai apa-apa hubungan dengan parti itu.

Permintaan tersebut dinyatakan oleh Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dimaklumkan melalui satu amanat yang dibacakan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar sempena Kongres Tahunan PKR Ke-12 di sini hari ini.

Sebaliknya, Anwar mahu ke­pemimpinan PKR memberikan fokus dalam usaha memperkasakan parti itu melalui kerjasama politik yang sedia ada bersama-sama DAP, PAN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Keputusan Pas terkini (memutuskan hubungan dengan PKR) mengejutkan dan menghampakan ramai, tetapi itulah pilihan mereka.

“PKR tidak perlu terus berhempas pulas dengan isu tersebut. Tumpuan sekarang adalah menerima kenyataan terkini dan terus mengangkat keupayaan jemaah,” katanya.

Majlis Syura Ulama Pas pada awal bulan ini memutuskan untuk menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR.

Anwar dalam pada itu memberitahu keputusan Pas itu telah diduga melihatkan pendirian parti tersebut sejak beberapa tahun lalu.

“Beberapa tahun kebelaka­ngan ini, Pas lebih lunak dengan UMNO, tidak membangkang belanjawan yang memperkenalkan cukai barang dan perkhidmatan (GST), kenaikan harga minyak dan gula serta tidak menyertai perhimpunan Bersih.

“Namun, kita merasa kecewa kerana kenyataan yang menyelar pendirian PKR, malah mengelirukan berkaitan Rang Undang-undang Mahkamah Sya­riah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU355),” ujarnya.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment