Speaker DUN 'penakut', kata BN Pulau Pinang...Berani Ker Nak Ulas Tu?

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang dianggap ‘penakut’ selepas memilih untuk mengekalkan kedudukan Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri di negeri itu.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Teng Chang Yeow menyifatkan tindakan Law itu sekadar mengikut arahan tertentu tanpa mempunyai satu pendirian yang teguh.

“(Seperti) Pak turut lah, dia (Law) tak berani buat keputusan, sepatutnya buat satu keputusan yang melambangkan DUN bersedia untuk mengambil isu ini, (jadi) berdebatlah.

“Speaker, dia ikut arahan, dia bukan ada arahan tersendiri. Dia tengok pun tahu lah, PKR selalu melaung-laungkan dia berpegang kepada prinsip demokrasi. Speaker pun kita faham, dia bukan ada banyak kuasa, dia dikuasai oleh kerajaan negeri, jadi kalau kerajaan negeri kata jangan, janganlah.

“BN bukan ada undi majoriti, BN hanya minoriti, kalau tak bersetuju tolak sahaja, biar Dewan bahas dan tolak dalam Dewan, ini nak berbahas pun tak benarkan, " katanya.

Tambah Teng, DAP tidak tahu malu apabila hanya bijak melihat kesalahan yang dilakukan pemimpin BN, tetapi menutup mulut ketika pemimpin parti sendiri melakukan kesalahan yang sama membabitkan rasuah.

“Jadi DAP, sejak lama lagi bila kena kepada orang BN, dia minta orang letak jawatan dan bercuti, jadi sekarang prinsip dia sama, BN cuma minta dia ambil cuti sehingga kes dia selesai, itu sahaja.

“Di mana juga negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen, bila pemimpin berkenaan didakwa di mahkamah, biasanya mereka mengambil cuti ataupun ada yang letak jawatan.

Hari ini, sidang DUN Pulau Pinang tegang apabila wakil Barisan Nasional (BN) membantah keputusan Speaker yang menolak usul menuntut Ketua Menteri, Lim Guan Eng bercuti sementara menunggu perbicaraan kes rasuahnya selesai.

Ia tercetus apabila, Datuk Muhamad Farid Saad (BN-Pulau Betong) tidak berpuas hati dengan penjelasan, Datuk Law Choo Kiang berhubung perkara itu selain mendakwa jawapan bertulis speaker membabitkan penolakan usul berkenaan juga tidak dinyatakan dengan jelas.

Terdahulu, Law berkata usul berkenaan ditolak kerana perkara itu sudah termaktub dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Kerajaan Negeri termasuk kes membabitkan prosiding mahkamah, disabit kesalahan atau dalam tempoh rayuan. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana