Sindiran Rafizi-Zuraida bukti wujud dua kem dalam PKR

KUALA LUMPUR – Tindakan sindir menyindir di antara dua Ahli Parlimen PKR, Rafizi Ramli dan Zuraida Kamaruddin berhubung isu permit import (AP) kereta mewah yang diberikan kepada setiap ahli parlimen, membenarkan wujudnya dua ‘kem’ dalam parti tersebut dengan diketuai oleh pemimpin tertinggi PKR.

Pengerusi Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM), Zulkarnain Mahdar berkata, Ahli Parlimen Pandan dan Ahli Parlimen Ampang itu masing-masing berbalah di laman twiter dilihat seolah-olah mewakili kem Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Difahamkan sebelum ini wujud dua kem di dalam Parti Keadilan  yang diterajui oleh Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali. Turut dipercayai Rafizi Ramli berada di dalam kem Wan Azizah manakala Zuraida Kamarudin pula dengan Azmin Ali.

“Perbezaan ketara di antara Wan Azizah dan Azmin Ali jelas ketara apabila gerakan langkah Kajang yang diketuai oleh Rafizi sebelum ini menemui kegagalan untuk meletakkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim,” kata Zulkarnaian.

Terdahulu Rafizi yang juga Naib Presiden PKR di dalam Twitternya bertarikh 26 Mei 2017 secara sinis mendakwa beliau adalah antara ahli Parlimen yang bodoh kerana tidak menggunakan AP.

Ia dipercayai merupakan respon kepada kenyataan
Zuraida sebelum ini menerusi portal berita Sinar Harian yang mendakwa dirinya adalah bodoh jika beliau sebagai ahli Parlimen tidak menggunakan kemudahan AP untuk memiliki semua kereta mewahnya.

Zuraida berkata, sebagai Ahli Parlimen beliau diberi peruntukan AP atas namanya dan merasakan dirinya bodoh jika tidak menggunakan kemudahan itu.

“Sebelum terlibat dalam politik pun saya sudah bawa kereta berkualiti. Dalam kehidupan, saya sentiasa utamakan barangan tahan lama,” katanya.

Kenyataan itu bagi menjawab tuduhan beberapa pihak yang mengaitkan Zuraida mempunyai kekayaan luar biasa dan memiliki pelbagai kereta mewah.

Beliau juga dikaitkan dengan Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly yang ditahan dan didakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana membuat pengisytiharan palsu mengenai kekayaannya.

Malah Zuraida turut mencabar mana-mana individu yang mengaitkannya dengan isu rasuah membuat laporan kepada pihak berkuasa.

“Sesiapa anak jantan pergi buat laporan, sampai sekarang saya tidak pernah disiasat oleh SPRM,” katanya.

Sementara itu, Azmin ketika ditemui media semalam berkata, beliau hanya berminat untuk melakukan kebaikan dan kerja amal sahaja sepanjang bulan Ramadan ini daripada membuat ulasan dan terbabit dengan perbalahan Rafizi dan Zuraida. – Malaysia Gazette

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana