SIAPA SEBENARNYA KETANDUSAN PEMIMPIN? PKR DAN DAP LUPA CERMIN DIRI....PH BANGANG HAK DIA TAK NAMPAK

Naib Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Datuk Yahya Haji Jaafar hari ini membidas kenyataan Pengerusi PKR Johor kononnya UMNO Johor ketandusan pemimpin apabila memujuk Tan Sri Shahrir Samad untuk terus bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Sebaliknya beliau menasihatkan PKR untuk bermuhasabah diri menilai kepimpinannya terlebih dahulu sebelum masuk campur urusan dalam parti UMNO dan BN.

Tambahnya, siapa yang ketandusan pemimpin untuk diletakkan sebagai calon dalam Pilihan raya sebenarnya sehingga pembangkang sendiri terpaksa ‘recyle’ pemimpin-pemimpinnya untuk bertanding dalam Pilihan Raya.

“UMNO dan BN telah menyediakan ruang dan peluang yang seluasnya kepada pelapis muda, tidak seperti pembangkang khususnya PKR dan Dap yang masih mahu meletakkan ‘orang dalam penjara’ sebagai calon dan mewar-warkannya sebagai calon terbaik pembangkang untuk jadi Perdana Menteri.

“Terlupakah mereka, berapa ramai bekas banduan yang jadi calon dalam PRU yang terdahulu, malah bekas calon yang menentang Tan Sri Shahrir dalam PRU yang lepas juga merupakan bekas Jeneral tentera, orang yang telah pun bersara dalam kerajaan untuk dijadikan calon mereka di sini,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Dalam masa yang sama ujarnya, kepimpinan UMNO dan BN Johor Bahru sendiri mempunyai ramai calon yang berwibawa dan boleh diketengahkan.

“…tetapi memandangkan track record Tan Sri Shahrir sendiri yang sentiasa membantu masyarakat di sini dari peringkat atas sehinggalah ke akar umbi, kerjanya yang tidak pernah berhenti, setiap minggu akan akan turun padang melihat sendiri permasalahan yang dihadapi oleh rakyat, sebab itulah kita melihat Tan Sri Shahrir masih diperlukan di kawasan Johor Bahru ini.

“Kita perlukan Tan Sri bukanlah bermakna kita kehilangan punca untuk mencari pemimpin pelapis, banyak pelapis dari peringkat Pemuda, Wanita, Puteri dan peringkat UMNO Bahagian pun ada, tetapi kita menghormati Tan Sri sebagai pemimpin terbaik yang kita ada”, katanya.

Namun jelas beliau pihakny akan menghormati pendirian Tan Sri sebagai Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, sama ada Tan Sri masih lagi mahu bertanding atau tidak.

“… itu terpulang kepada beliau. Namun dalam masa yang sama, saya yakin anak-anak didik Tan Sri mampu untuk mengikut langkah beliau selama ini ,” tambahnya.

Terdahulu baru-baru ini, Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad menegaskan beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan keputusan itu dibuat selepas menganggap sudah sampai masa beliau mengundur diri dan memberi peluang kepada para pelapisnya.-MediaUMNO
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment