Siapa Mugabe Malaysia...?

Menjelang PRU14, rakyat Malaysia perlu berhati hati menilai tawaran-tawaran dari pimpinan-pimpinan politik.

Pemimpin-pemimpin elit perlu bertanggungjawab terhadap tawaran-tawaran politik yang mereka sajikan kepada rakyat.

Ada yang menawarkan 'janji tukar Najib' semata-mata, ada yg tidak menawarkan apa-apa 'janji bukan UMNO/BN' dan ada yang menawarkan 'democratic reform' iaitu reformasi institusi demokrasi.

Pengalaman pejuang-pejuang pro demokrasi di beberapa negara boleh dijadikan iktibar. Pasca 'Orange Revolution' di Ukraine telah mengecewakan pejuang-pejuangnya apabila pemimpin-pemimpin elit bertelagah dan bersengketa sehingga memenjarakan kawan sendiri.

Diktator Robert Mugabe di Zimbabwe yang tenat di pilihanraya 2008 kembali berkuasa malah berjaya memecah belahkan MDC pasca kerajaan 'koalisi' yang dibuat semata-mata kemenagan pilihanraya.

Di Mesir, pejuang-pejuang pro demokrasi dan perubahan yang mengharapkan satu reformasi kerajaan pasaca 'Arab Spring' juga kecewa apabila elit politik yang dipilih gagal membawa impian 'democratic reform' seperti yang dijanjikan.

Persoalannya di Malaysia sekarang, apa yang sedang ditawarkan kepada rakyat menjelang PRU14 yang akan datang ini. Adakah semata mata 'janji menang' atau 'menang dulu, selepas itu baru fikir agenda' atau pun 'apa pun tak apa janji Najib perlu ditukarkan'.

Saya menjemput rakyat Malaysia menonton Filem 'A Whisper to A Roar' yang banyak memberi pengajaran kepada rakyat dan pejuang-pejuang pro demokrasi yang dikecewakan pasca perjuangan mereka.

Kata-kata 'Seekor Naga yg memusnahkan datang dengan pelbagai wajah, dan Pewira juga datang dengan pelbagai bentuk' boleh dijadikan pedoman. Ada pejuangan yang hanya menuntut pembunuhan sang Naga semata-mata tapi melupakan 'pakaian perisai Sang Naga'.

Tatkala sang Naga dibunuh, Sang Pewira yang dangkal akan kesaktian 'pakaian Perisai Sang Naga' mula mencuba pakai 'pakaian'  tersebut.

Mula selesa dengan kesaktian pakaian sang naga, tanpa disedari sang Pewira menjadi Sang Naga yang baru! Lalu kembali ke memusnahkan kampung halaman rakyatnya sendiri!

Rakyat terutama pejuang-pejuang yang mahukan perubahan negara kepada amalan demokrasi yang lebih baik perlu lebih berhati-hati kerana kita tidak mahu ada pemimpin-pemimpin elit yang mengambil kesempatan terhadap perjuangan rakyat dan pemimpin pro demokrasi yang 'naive' ditipu diktator seperti yang pernah berlaku dan sedang berlaku di Zimbabwe sekarang.

Persoalan maha penting sekarang ialah, SIAPA MUGABE MALAYSIA? 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana