Siapa Kata Mahathir Buat Pembangunan Tidak Menyusahkan Rakyat .....

Kenapa Mahathir Boleh Bangunkan Negara Tanpa GST dan Hutang Tinggi?

Najib Razak bina infrastruktur seperti MRT, Lebuh Raya Pan Borneo, keretapi pantai timur dan sambungan LRT melalui pinjaman langsung kerajaan. Tiada lagi perjanjian konsesi yang menindas rakyat dan menguntungkan kapitalis secara berleluasa. Maka hutang kerajaan pun meningkat.

Tapi kita tahu berapa perlu bayar dan tidak terdedah dengan ancaman kapitalis mahu menaikkan harga menjelang pilihan raya atau perjanjian konsesi berat sebelah. Ya, atas kertas kerajaan Zaman Mahathir tidak banyak berhutang secara langsung.

Mahathir bina semua Lebuh Raya, Putrajaya, LRT, ERL melalui "public–private partnerships" atau "private finance initiative" (PFI). Jadi kerajaan tidak ada apa-apa hutang. Sebaliknya, syarikat konsesi dibenarkan memerah rakyat sesuka hati.

Jika mereka gagal perah rakyat melalui kenaikan tambang dan tol, mereka boleh perah duit kerajaan. Kerajaan mesti bayar kepada mereka.

Mahathir reka perjanjian yang akan meningkatkan jumlah pampasan pada masa hadapan. Itulah yang terjadi sekarang. Mahathir benarkan tuntutan kenaikan yang tidak munasabah kepada kemampuan rakyat.

Apabila menjadi isu politik maka kerajaan terpaksa bayar pampasan kepada pemilik konsesi. Kerajaan telah membayar RM 4 bilion pampasan kepada syarikat konsesi tol sahaja sejak 15 tahun lalu.

Sistem LRT, projek Star dan Putra LRT diambil alih oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB), masing-masing dengan kos RM3.3 bilion dan RM4.5 billion.

RM 7.8 bilion ini kerajaan beli tunai? Ini kena hutang yang hanya muncul selepas Mahathir bersara. Jadi hutang makin bertambah kerana Mahathir terlampau cerdik tidak mahu kerajaan berhutang tetapi membenarkan swasta berhutang dengan kadar faedah yang lebih tinggi.

Bila rugi atau lingkup kerajaan terpaksa membelanjakan kos yang lebih besar dari kos pembinaan untuk menyelamatkan projek-projek infra ini.

Jadi di mana logiknya Mahathir buat pembangunan tidak menyusahkan rakyat, tidak perlu kutip GST dan tidak berhutang?

Antara projek2 Tun Madey ialah Plaza Rakyat, sistem LRT Putrajaya, Bandar Wawasan, JB Waterfront City, Lembah Beringin, Duta Grand Hyatt antara projek Tun M yang terbengkalai.

Itu Belum Masuk PKNZ lagi tu...MAS Sentiasa Rugi memanjang setiap tahun...MAS sekarang ini masih ada dengar lagi kah Rugi?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana