SIAPA 3 ADUN SELANGOR, 4 PEMIMPIN KANAN PAS PUSAT YANG BAKAL SERTAI PAN?

Seperti apa yang penulis jangkakan dalam artikel sebelum ini, “JAHANAM PAN” & PUTUS TAHALUF SIYASI PKR – SEJAUH MANAKAH KETEGASAN PAS? , keputusan untuk memutuskan tahaluf siyasi antara PAS dan PKR akan mengundang gelora dalaman parti, terutamanya pada mereka-mereka yang berpaut kepada kerajaan negeri Selangor.

Mengikut sumber, penulis dimaklumkan 3 orang ADUN PAS Selangor dikhabarkan bakal meninggalkan parti tersebut dan menyertai PAN dalam masa terdekat berikutan keputusan yang dibuat di muktamar PAS baru-baru ini. Siapa mereka itu, sumber masih enggan mendedahkan.

Penulis tidak terkejut dengan maklumat tersebut, kerana beberapa insiden politik di Selangor ini menyaksikan bagaimana ADUN-ADUN PAS Selangor memilih untuk tidak bersama parti itu. Lihat sahaja apa yang berlaku dalam sinetron “Langkah Kajang”. Selain dari itu, kemunculan seorang ADUN PAS pada sidang akhbar yang diadakan di Yayasan Aman, sewaktu PRK Permatang Pauh mengundang seribu persoalan kerana ia sama sekali bertentangan dengan pendirian semasa Majlis Syura Ulama ketika itu, yang mengambil sikap berdiam diri ke atas segala hal ehwal berkaitan dengan pilihanraya kecil berikutan tidak bersetuju dengan calon yang diketengahkan.

Di peringkat pusat pula, kita dapat lihat wujudnya individu yang sering menyerang UMNO pada saat ketegangan antara kedua-dua parti semakin kendur. Malah, Azmin Ali diberitakan telah berjumpa dengan pemimpin kanan PAS Pusat ini, yang diharap oleh Azmin untuk membawa pelan PRU14 untuk Selangor ke hadapan Presiden PAS. Apakah individu yang dimaksudkan oleh sumber penulis?

Selain itu, sewaktu PAS mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan DAP, seorang pemimpin kanan PAS Pusat pernah bertanya kepada seorang ketua dewan ulama, seolah-olah mempertikaikan keputusan tersebut berikutan kononnya keputusan bermufarakah meminggirkan manfaat dakwah yang dilakukan oleh PAS kepada DAP dan PKR. Lucu bukan? Takkan lah tidak nampak bagaimana DAP melayan PAS! Apakah individu ini juga termasuk di dalam senarai yang dimaksudkan oleh sumber penulis?

Seorang lagi, mungkin bekas pimpinan kanan PAS Pusat yang terkenal dengan cara menjawab telefon menerusi “loud speaker”, selain sering dilihat sangat kontra pendapatnya dengan pimpinan PAS masakini.

Apa pun, ini sekadar telahan, atau jangkaan penulis berhubung dengan maklumat yang diterima. Sehingga sumber sendiri yang menamakan individu-individu tersebut, maka hidup anda sedang diselubungi misteri.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment