SERLAH KELEMAHAN WAN AZIZAH, PEMBANGKANG...

Temu bual eksklusif Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bersama saluran berita Al-Jazeera semalam telah menampakkan kelemahan Presiden PKR itu termasuk Pakatan Harapan yang diketuai DAP.

Pengendali blog, Raja Petra Kamarudin men­dakwa, ke­ga­ga­lan­­ Wan Azizah menjawab soalan yang ditujukan kepadanya dengan je­las menunjukkan­ bahawa beliau ti­dak­ lebih daripada seorang pemimpin yang bertindak sebagai proksi.

Menurutnya, temu bual tersebut merupakan malapetaka ke­pada Wan Azizah yang diura-urakan bakal diangkat menjadi Perdana Menteri jika pembangkang berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang.

“Beliau mengelak daripada menjawab banyak soalan dan sering kali memberi jawapan yang menyimpang apabila tidak mempunyai sebarang jawapan.

“Ia jelas menunjukkan bahawa Wan Azizah tidak mempunyai hala tuju dan hanyalah seorang proksi yang tidak membuat sebarang keputusan, sebaliknya membawa keputusan yang telah dibuat oleh orang lain,” katanya dalam catatan terbaharu di blog Malaysia Today semalam.

Mengulas lanjut Raja Petra berkata, apa yang menarik dalam temu bual itu adalah ja­wapan yang diberikan oleh Wan Azizah kadangkala bercanggah dengan pendirian PKR terma­suk Pakatan Harapan.

Ujarnya, ketika ditanya sa­ma ada beliau menyokong hu­kum hudud, Presiden PKR itu berkata, sebagai seorang penganut agama Islam beliau menyokongnya, namun tidak memberi jawapan jelas sama ada hukum tersebut akan dilaksanakan atau tidak jika pembangkang menguasai Malaysia.

Sementara itu menurut Raja Petra, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak layak untuk membuat keputusan sama ada tiga Exco Pas dalam kerajaan PKR Selangor perlu kekal atau dipecat daripada terus memegang ja­watan mereka.

Katanya, beliau perlu sedar­ bahawa Selangor adalah di ba­wah naungan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan hanya baginda berkuasa untuk membuat keputusan ter­sebut.

“Siapa Guan Eng untuk menentukan kedudukan tiga Exco berkenaan? Keputusan itu hanya terletak di bawah kuasa ba­gin­da Sultan Selangor dan bukannya seorang ketua menteri.

“Pada masa sama, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak pernah meminta tiga Exco itu untuk meletak jawatan. Jadi bagaimana Guan Eng boleh bersetuju terhadap sesuatu yang Moha­med Azmin tidak pernah cakap?” katanya.

Dalam pada itu, Raja Petra berkata, sudah tiba masanya semua pemimpin dan ahli DAP perlu diingatkan bahawa ne­geri-negeri selain Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak diperintah oleh Raja-raja Melayu.

Beliau menjelaskan, Sultan Sharafuddin tahu akan tugasnya dan tidak perlu ‘diajar’ oleh mana-mana ahli politik memandang­kan baginda sudah setengah abad memerintah Selangor sejak ditabalkan sebagai Raja Muda dan kemudiannya Pemangku Sultan sebelum diangkat sebagai Sultan sehingga sekarang.

“Mohamed Azmin telah memberitahu Sultan bahawa kedudukan tiga Exco Pas itu adalah kekal sehingga pilihan raya umum akan datang dan jika beliau mahu mereka letak jawatan, maka Mohamed Azmin akan melakukan tindakan sama. Jika tidak perkara itu tidak akan berlaku.

“Jadi Guan Eng, sila tutup mulut anda. Selangor diperintah di bawah Raja Melayu dan bukannya oleh seorang Ketua Menteri berbangsa Cina dari negeri lain yang boleh menentukan apa yang patut berlaku di Selangor,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana