SEMUA PEMIMPIN DALAM PAKATAN HARAPAN BERCITA-CITA JADI PM

Per­te­lingkahan barisan kepemimpinan Pakatan Harapan yang diketuai DAP dalam menyatakan pendirian berhubung pemilihan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri menunjukkan tiada kesepakatan tulen dalam kalangan mereka.

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah berkata, pendirian berbeza sedemikian memperlihatkan tindak-tanduk masing-ma­sing dalam menzahirkan sikap sebenar umpama duduk sebumbung dan tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain.

Katanya, beliau yakin mereka masing-masing sebenarnya memasang cita-cita untuk merebut jawatan Perdana Menteri.

“Kita dapat rasa dan lihat, apa yang mereka lakukan adalah semata-mata sia­pa yang boleh menunggang siapa. Kesemuanya telah mencatur antara sa­tu sama lain untuk memerintah negara.

“Kesemuanya mempunyai agenda keperibadian dan kepentingan ter­sendiri yang akhirnya ti­dak menguntungkan rak­yat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Az­wand­din berkata, ke­semua pemimpin Pakatan Harapan yang bertelagah tersebut ha­nya membincangkan agenda siapa yang mahu meme­rintah negara, bukannya me­num­pukan kepada hal kepentingan rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana