Selepas teruk dihentam, PH minta orang ramai cadang logo...Wayang Politik Ajer...Kalah Tetap Kalah Jugak

 Pakatan Harapan (PH) hari ini mengalu-alukan orang ramai untuk menghantar rekaan logo gabungan itu, selepas cadangannya sebelum ini mendapat kritikan hebat netizen.

"Setelah mengambil kira dapatan dan pandangan umum yang telah diberi, serta berpandukan pandangan dari kalangan pimpinan Pakatan Harapan, pihak media Pakatan Harapan mengalu-alukan cadangan balas reka bentuk logo Pakatan Harapan dari pihak yang berminat," menurut kenyataan itu.

Dalam kenyataan tersebut juga, PH turut menggariskan empat garis panduan rekaan, yang mana logo itu perlu terdiri daripada dua warna dan perlu disertakan versi hitam putih untuk tujuan paparan di kertas undi.

Kedua, ia mesti menggunakan simbol yang mudah dikenali atau difahami ramai.

Ketiga, ia perlu mempunyai rasional berteraskan konsep-konsep 'harapan', 'demokrasi', 'keadilan', 'integriti' dan 'perpaduan'.

Dan keempat, logo mestilah dapat dilihat sepenuhnya, termasuk pada skala kecil (seperti pada lencana baju).

PH sebelum menyenarai pendek tiga rekaan, namun ia mengundang kritikan netizen yang menyifatkan ketiga-tiganya 'buruk' dan tidak profesional.

Logo itu bakal dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan sebagai persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Sebelum ini, parti-parti dalam gabungan pembangkang menggunakan logo parti masing-masing semasa menyertai pilihan raya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana