SELENA GOMES : JAKIM BIDAS AZMIN ALI

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengkritik Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana mengaitkan mereka dengan konsert Selena Gomez, pada Julai tahun lalu.


Merujuk kenyataan menteri besar Selangor itu yang Jakim turut memberi lampu hijau kepada konsert yang diadakan di Shah Alam itu, Ketua Pengarahnya, Tan Sri Othman Mustapha berkata, pihaknya tidak bertanggungjawab memberi kelulusan untuk konsert atau persembahan secara langsung lain.


“Tuduhan seperti ini boleh menjejaskan reputasi dan kredibiliti Jakim sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab bagi hal ehwal Islam di negara ini,” kata Othman dalam satu kenyataan hari ini.


Azmin dilihat berusaha mengalihkan dakwaan PAS yang kerajaan Selangor pimpinan PKR memberi lampu hijau kepada konsert bintang pop Amerika Syarikat itu, kepada pihak lain.


Dalam respons terhadap kenyataan Pemuda PAS mahu memutuskan hubungan dengan PKR kerana parti itu memberi lampu hijau kepada konsert berkenaan, Azmin berkata, parti terbabit tidak perlu bertanggungjawab kerana Jakim turut meluluskannya.


Othman berkata, tiada pihak yang harus membuat kenyataan tanpa merujuk kepada Jakim terlebih dahulu.


“Saya memohon kerjasama parti-parti itu untuk merujuk kepada kami terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan berkaitan Jakim,” kata Othman.


Pada 20 Julai 2016, PAS mengadakan protes di Bangunan SUK bagi mendesak konsert itu dibatalkan di bandar bermajoriti umat Islam kerana “gejala dan diri penyanyi itu yang dikenali sebagai simbol seksi yang dikhuatiri boleh merosakkan anak muda”.


Bagaimanapun, Ketua Dewan Ulama PAS Selangor, Ridzuan Rahmat dilaporkan berkata, bantahan itu tidak akan menjejaskan hubungan PAS dengan kerajaan negeri pimpinan PKR, DAP dan parti Islam itu.


Hari ini, Naib Presiden Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, tindakan Pemuda PAS menjadikan konsert itu sebagai alasan untuk memutuskan hubungan dengan PKR amat remeh.


“Ia adalah isu amat remeh. Saya sangka ia mengenai dasar atau sesuatu yang (PAS) kehendaki,” katanya merujuk konsert penyanyi itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana