Selangor semakin huru-hara, PAS ibarat minta cerai, Azmin gelabah

PAS diibarat ‘orang minta cerai namun ingin terus hidup bersama’ selepas majoriti perwakilan PAS mendesak mahu memutuskan hubungan dengan PKR di Selangor, namun wakil PAS Selangor sendiri enggan berbuat demikian apabila Naib Presidennya Datuk Iskandar Abdul Samad masih kekal sebagai exco.

Meskipun terdapat gesaan pihak luar yang mendesak PAS meletak jawatan apabila perwakilan minta PAS Selangor putuskan tahaluf siyasi dengan PKR, namun apa yang jelas PAS tidak perlu letak jawatan kerana lantikan dibuat oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali sendiri.

Inilah gelora yang sedang berlaku di Selangor mungkin membuatkan Azmin tidak senang duduk.

Keadaan menjadi lebih goyang apabila bertiup kencang berita mengatakan empat ADUN mahu lompat parti sehingga terdapat dakwaan mengatakan Azmin membawa lari mereka sampai ke Mesir.

Dengan keadaan yang huru hara ini Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dikatakan mahu mengambil kesempatan dengan menggulingkan Azmin.

Malah pada masa yang sama bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim juga didakwa bakal membalas dendam dengan apa yang telah menimpanya.

Mungkinkah gelora yang berlaku di Selangor akan sama macam seperti di Perak?

Persoalannya bilakah Iskandar Samad hendak letak jawatan sebagai Exco Selangor ?

Mungkinkah Selangor bakal melantik Menteri Besar baru sebelum bulan puasa ini?

Pengarah Komunikasi PAN Khalid Abdul Samad berkata ketidakmatangan PAS dalam membuat keputusan seperti dalam hal ini adalah punca beberapa pemimpin yang dahulunya PAS beralih arah dengan menubuhkan PAN.

“Putus kerjasama tapi masih nak pegang jawatan exco? Macam nak minta cerai tapi nak terus hidup bersama.

“Saya tak hairan dgn sikap PAS yang semakin terserlah dewasa ini. Itulah sebabnya kami terpaksa tubuhkan AMANAH, tetapi bagi yang masih terpaksa menaruh harapan pada PAS, kami tak halang.

“Hanya mereka sedang berada dalam keadaan ‘denial’. Mungkin bila akhirnya disepak (slap) PAS baru akan sedar. Dikhuatiri sudah terlewat bagi dirinya,” katanya kepada BNBBC.my portal pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi mengulas gesaan perwakilan PAS yang mendesak supaya PAS Selangor memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

Namun perkara itu belum diputuskan dalam Majlis Syura Ulama.

Susulan daripada itu Exco PAS berkata pihaknya sendiri tidak akan meletak jawatan hanya kerana desakan pihak luar kerana lantikan tersebut adalah sah dan dibuat oleh Menteri Besar Selangor sendiri.

Namun Khalid berkata PAS dilihat tiada pendirian malah tidak sama seperti dahulu lagi.

“Sekarang pun disepak-sepak mereka beberapa kali dah… tapi masih tak sedar dari alam denial mereka. Mungkin sepaknya kurang kuat lagi…

“Apa yang dizahirkan PAS sekarang adalah vindication  bagi kami menubuhkan PAN. PAS dah tidak seperti dahulu,” ujarnya.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment