SEDIH MELIHAT TERDESAKNYA SALEHUDIN AYUB...INGATKAN CERDIK SANGAT...RUPANYA BANGGANG

Salehudin Ayub, nama yang suatu ketika meniti di bibir peminat politik Malaysia, terutamanya ketika bersama PAS sehingga menggalas jawatan Naib Presiden PAS. Sedar tidak sedar, namanya kian malap, setelah menyertai PAN. Jarang sekali beliau muncul di media massa. Sesekali muncul, seronok pula kita membaca kenyataanny, persis Mat Sabu atau Mahfuz Omar.

“Sedihnya melihat pekerja Malaysia ke Singapura”, kenyataan terbarunya yang merujuk kepada dakwaan kononnya rasuah adalah punca ekonomi Malaysia merundum, dan menyalahkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Najib Razak sebagai punca ramai rakyat Malaysia bekerja di Singapura.

Ingatkan diam-diam berisi, rupanya tak cerdik-cerdik lagi.

Jika benarlah apa yang dikatakannya, maka ingin kita bertanya, apakah Salehudin bersetuju kerajaan Kelantan juga korup lantas menyebabkan ramai rakyat Kelantan terpaksa bekerja di luar dari negeri itu? Kebanjiran rakyat Kelantan di negeri-negeri lain bukanlah rahsia. Untuk rekod, Salehudin adalah ahli Parlimen Kubang Kerian (Kelantan) selama 2 penggal.

Bagaimana pula dengan kehadiran warga dari pelbagai negara untuk bekerja di Malaysia, apakah itu bermaksud negara asal mereka juga terbeban dengan masalah ekonomi yang berpunca dari rasuah?

Apakah di Johor langsung tiada peluang pekerjaan sehingga rakyat terpaksa ke seberang tambak untuk bekerja? Jawapannya sudah tentulah tidak. Siapa yang tidak tergiur dengan peluang dan tawaran lumayan untuk bekerja? Lumrah manusia, mana yang lebih baik, itu yang menjadi pilihannya.

Rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura, sebenarnya cuba mencari peluang untuk mendapatkan hasil yang lebih lumayan, berikutan tukaran matawang yang lebih menguntungkan. Situasi ini telah berlaku sejak zaman-berzaman, dan bukannya hanya berlaku pada ketika ini sahaja. Namun, jangan difikir ianya mudah, kerana ramai di antara mereka yang perlu keluar seawal jam 4.30 pagi, dan pulang lewat malam disebabkan beberapa perkara, antaranya untuk mengelakkan kesesakan di pintu masuk dan keluar dari negara itu.

Kenapa baru kini Salehudin cuba menjadikan kebanjiran rakyat Johor bekerja di Singapura sebagai isu? Biasalah, PRU sudah hampir. Kalau tiada isu berkaitan Johor, bagaimana untuk meletakkan dirinya relevan di Johor dan kembali bertanding di Parlimen Pulai dan DUN Nusajaya setelah kalah pada 2013 yang lalu?

Tanya kepada Salehudin, kenapa pula dia bertanding di Kelantan pada 2004 dan 2008, dan tidak di negeri kelahirannya Johor? Jawapannya tentu sahaja dia cuba mendapatkan sesuatu yang lebih baik (peratus kemenangan lebih tinggi).

Itu fitrah manusia, tidak pastilah jika beliau ini jenis songsang!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana