Saya tidak akan kompromi…kata TPM Zahid pasal kes 16 polis lindungi sindiket dadah

Siapa yang tidak bengang berdepan kes begini.Apa lagi bagi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi yang pada waktu sama pegang jawatan Menteri Dalam Negeri dimana Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah dibawah bidang tugasnya.

Ramai dikejutkan dengan berita pembongkaran hasil dari operasi dalaman PDRM dimana seramai 16 orang anggota termasuk pegawai Jabatan Narkotik di Bukit Aman dicekup kerana dipercayai terlibat lindungi sindiket dadah.

Perbuatan mereka telah mengakibat banyak maklumat operasi anti-dadah PDRM bocor hingga menjejaskan operasi dan sebagainya.
Dalam operasi yang dinamakan Ops Kabaddi itu mereka yang ditahan buat khianat itu ialah  seorang berpangkat deputi superintendan, seorang berpangkat asisten superintendan, empat orang berpangkat inspektor, dua orang koperal dan lapan orang lans koperal.

 Penahanan itu disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Katanya Operasi Kabaddi ialah sebahagian daripada operasi besar-besaran menentang amalan korupsi dalam pasukan polis.
Mereka ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA kerana melindungi sindiket dadah tersebut dengan bertindak membocorkan maklumat serbuan setelah mendapat bayaran puluhan ribu ringgit setiap bulan.

Zahid yang menyentuh mengenai kes itu dalam ucapan beliau semasa melancarkan perayaan Hari Guru di Nusajaya Johor pagi Selasa.

 Timbalan Perdana Menteri cukup tegas dan mendokong penuh usaha PDRM buat pembersihan dikalangan anggotanya yang curang.

 Mesej beliau, “  Saya tidak akan kompromi jika harap pagar..pagar makan padi.”

Sementara itu bercakap kepada wartawan pada satu majlis lain di Johor Bharu selepas itu Zahid kata beliau sudah memberitahu Ketua Polis Negara,Timbalannya Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan Ketua Bahagian Narkotik Datuk Seri Mohd Mokhtar Shariff agar ambil tindakan segera keatas mereka yang terlibat.

Tindakan berkenaan bukan sahaja libatkan tindakan disiplin tetapi juga tindakan undang-undang.

Katanya PDRM akan berkerjasama dengan semua agensi termasuk SPRM untuk mennetukan tindakan undang-undang yang sewajarnya.

“Kita tidak akan lindungi sesiapa yang terlibat dalam hal ini,”tegasnya.

Katanya polis sebenarnya tahu mengenai perbuatan ini kebelakangan ini cuma tindakan dapat diambil selepas bukti kukuh diperolehi.

Timbalan Perdana Menteri juga kata siasatan keatas anggota polis yang terlibat lindungi sindiket dadah mungkin diperluaskan ke ibupejabat polis negeri dan daerah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana