Saya letak jawatan tapi tak keluar parti - Zulaika.... Dalam Hatinya Sapa YAng Tahuuuu

Lucu tetapi  empunya badan, Zulaika Sidek hanya  umum letak jawatan Exco Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bukan keluar parti seperti ramalan kebanyakan orang.

Beliau memberitahu wartawan Agenda Daily bahawa “saya masih setia bersama parti itu (PPBM) walaupun kini hanya menjadi ahli biasa dalam parti sahaja”.

Beberapa hari lalu beliau bersama-sama beberapa orang pengikutnya membuat kejutan  dengan mengadakan satu sidang media di Ipoh bagi memaklum pendirian  meletakan semua jawatan dalam parti politik yang diasas Tun Dr.Mahathir Mohamed itu.

Ditanya lanjut beliau berkata dia tidak akan sesekali meninggalkan PPBM  malah akan terus bersama dalam perjuangan selari dengan moto parti iaitu Bersatu Bermaruah dan Beramanah.

``Cuma sekarang ini saya hanya ahli biasa dan tidak lagi memegang jawatan Exco Srikandi  PPBM Malaysia dan Ketua Serikandi Penaja Bahagian Batu Gajah’’ katanya ketika dihubungi hari ini.

Zulaika turut menjelaskan bahawa tindakan yang beliau ambil ini sekaligus membuktikan bahawa beliau bukan tergila-gilakan jawatan dalam parti.

``Kalau saya tergilakan jawatan buat apa saya meletakkan jawatan sedangkan ada pihak yang berebut-rebut hendakkan jawatan dalam parti,’’ katanya.

Ditanya sama ada kemungkinan beliau ada mendapat tawaran menyertai parti lain, katanya, setakat ini tidak ada tawaran daripada parti lain sebaik sahaja beliau melepaskan jawatan itu baru-baru ini.

``Saya masih lagi  ahli PPBM dan saya tetap setia bersama parti dan tidak akan meninggalkan parti,’’ ujarnya.

Menurut Zulaika keputusan beliau ambil ini sebagai simbolik kepada rasa ketidakpuas hati beliau terhadap pengurusan pucuk pimpinan parti dalam menangani perpecahan dan keretakan hubungan yang terjadi dalam parti kebelakangan ini.

Beliau mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa  pucuk pimpinan pusat amnya dan negeri khasnya wajib memberi perhatian serius dari peringkat awal kepada suara akar umbi dan mengambil tindakan yang efisien terhadap setiap masalah yang timbul sebelum ianya menjadi bisul dan merebak dan kini telah membusuk.

Turut ikut jejak langkah beliau Aflatuniah Mohd Norani yang meletakkan jawatan Ketua Srikandi Penaja PPBM Bahagian Gopeng.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana