Saya kecewa PAS putuskan tahaluf siyasi dengan PKR - Azmin...Padan Muka Kau Tunggu Lah Nasib Nanti Pada PRU Akan Datang

 "Saya kecewa", demikian kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali mengulas mengenai keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang membuat keputusan untuk memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

Timbalan Presiden PKR itu yang dipetik Malaysiakini berkata, keputusan itu seolah-olah membelakangkan aspirasi rakyat yang mahukan perubahan dalam negara.

"Saya kecewa kerana keputusan untuk membatalkan tahaluf siyasi dengan PKR adalah keputusan dan pilihan yang dibuat PAS sendiri.

"Dan ini sedikit sebanyak satu keputusan yang membelakangkan aspirasi rakyat yang mahukan perubahan demi negara dan rakyat keseluruhannya," katanya.

Beliau terdahulu mengadakan pertemuan dengan tiga exco PAS dan pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi di bangunan SUK sebentar tadi.

Semalam,  Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh mengumumkan bahawa majlis itu menerima usul muktamar PAS untuk membatalkan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR.

Nik Muhammad Zawawi berkata, keputusan itu dibuat kerana PKR  melakukan begitu banyak pelanggaran terhadap syarat-syarat tahaluf siyasi menurut pertimbangan hukum syarak dan akhlak Islam.

"(Antaranya, PKR) tidak menyokong malah menentang sebahagian agenda Islam yang dibawa PAS seperti RUU 355. Malah melanggar adab-adab kerjasama dalam politik seperti menyerang pimpinan PAS dan membuat tuduhan palsu yang merosakkan imej PAS.

"Khianat dalam hubungan politik dengan PAS antaranya dengan bekerjasama dengan kerjasama dengan pihak-pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan negeri Kelantan dan menentang PAS dalam Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar," ujar beliau dalam memberi rasional di sebalik keputusan Majlis Syura itu.  

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana