Satukan ahli... UMNO tunjuk keazaman untuk menang PRU14

Gegak gempita di Stadium Nasional Bukit Jalil dan sekitarnya dengan 'baju merah' pada Khamis menunjukkan UMNN sebagai parti keramat orang Melayu dalam keadaan bersatu padu dan bersedia mengharungi pilihanraya umum ke 14 tidak lama lagi.

Keupayaan UMNO untuk memobilisasi ahlinya hadir beramai-ramai di perhimpunan sempena ulang tahun ke 71 tersebut membuktikan tahap disiplin yang tinggi di semua peringkat parti.

Ia merupakan satu keazaman yang ditunjukkan oleh ahli-ahli UMNO bagi menawan kembari negeri-negeri yang dikuasai pembangkang dalam pilihanraya sebelum ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, semangat juang tinggi dipamerkan perlu dikongsi dan dikembangkan kepada tiga juta ahli parti di seluruh negara agar denyut nadi kebersamaan ini dapat dirasai secara keseluruhannya.

"Sambutan luar biasa malam ini. Tapi kita perlu juga sokongan daripada yang di luar sana untuk terus kita laungkan dan semarakkan semangat cintakan parti. Gunalah segenap ruang peluang yang ada untuk kita mendekati mereka," katanya.

Bagi Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, amanat Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak jelas menyampaikan pesanan supaya anggota parti menerima dan mengamalkan konsep wala' (setia) kepada pemimpin.

Katanya, amanat itu turut menggambarkan bahawa UMNO adalah sebuah parti yang bukan hanya berjuang untuk bangsa Melayu tetapi juga untuk rakyat  keseluruhannya.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, amanat yang disampaikan oleh Najib jelas menunjukkan Umno sejak tujuh dekad yang lalu sentiasa memperjuangkan nasib rakyat sehingga ke hari ini.

Katanya perjuangan UMNO perlu terus dihargai kerana parti itu tidak pernah meninggalkan rakyat dalam setiap perjuangan parti yang berpaksikan Islam, Melayu dan Bumiputera.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, perhimpunan itu menyumbang ke arah 'winning mentality' atau mentaliti menang yang merupakan  elemen penting kepada jentera parti dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Kalau kita dengar ucapan perdana menteri tadi pun lebih kepada memperbaharui iltizam untuk membuat persiapan menghadapi PRU dan juga dukungan roh kerjasama dengan rakan-rakan komponen BN. Kita harap jentera parti akan lebih bersemangat," katanya.

Sementara itu, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, UMNO sebagai tunjang BN akan terus mantap bagi memastikan transformasi negara dapat dirasai oleh semua kaum di negara ini.

"Tahniah kepada UMNO dan perdana menteri. UMNO bukan untuk Melayu sahaja tetapi semua rakyat. Saya amat bangga dengan semangat UMNO yang inklusif, sederhana, yang jaga kepentingan rakyat dan bukan hanya sesuatu kaum sahaja," katanya.

Presiden MIC, Datuk Seri Dr S.Subrmaniam pula berkata, selain menjaga kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputera, UMNO tidak melupakan kepentingan bangsa lain melaui konsep perkongsian kuasa yang diamalkan.

"Ini menunjukkan bahawa UMNO selain daripada memperjuangkan hak Melayu telah berjaya melalui konsep perkongsian kuasa itu dengan menjaga hak masyarakat yang lain dan itu menjadi tunggak memastikan keharmonian dan keamanan politik negara," katanya.

Dr Subramaniam juga berkata, amanat tersebut juga berjaya membuka mata generasi muda mengenai pentingnya mengenang kembali sejarah negara dan cabaran yang dihadapi pemimpin UMNO dalam mempertahankan kestabilan negara.

Sementara itu Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup menyifatkan  amanat presiden UMNO sebagai memandang jauh ke hadapan dengan mengingatkan anggotanya dan parti komponen BN tentang pentingnya bersatu.

"Amanatnya supaya semua anggota UMNO dan BN tetap bersatu dalam apa jua keadaan dan bersedia menghadapi cabaran dari luar perlu diberi perhatian. Tahniah kerana selama tujuh dekad UMNO masih berjaya mengekalkan kesetiaan anggotanya," katanya.

Perasmian acara sambutan itu disempurnakan Najib  dan barisan kepimpinan UMNO serta wakil-wakil anggota parti dari seluruh negara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana