SAMPAI KETAHAP MACAM NI SEKALI!!!!! WAN AZIZAH DAKWA DAP LEBIH ISLAMIK DARI UMNO DI PULAU PINANG

Meskipun Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak mengakui dakwaan bahawa parti itu menjadi boneka parti DAP yang diterajui Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, bagaimanapun saban hari semakin terserlah menunjukkan parti itu jadi boneka parti rasis dan cauvinis itu.

Ini dapat dilihat apabila parti di bawah pimpinan Datuk Seri Datin Dr Wan Azizah Wan Ismail itu sering ikut telunjuk dan mempertahankan parti rasis dan cauvinis DAP dalam banyak perkara.

Contohnya dalam isu peruntukan ADUN Penanti yang disekat oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang, ahli-ahli akar umbi PKR meluahkan tidak puas hati dan kecewa terhadap pimpinan yang dilihat gagal membela wakil rakyat mereka sebaliknya lebih cenderung mengikut telunjuk DAP.

Kali ini, Presiden PKR itu mempertahankan pula rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan, DAP daripada tuduhan mengatakan parti itu anti Islam. Ini dapat dilihat dalam ucapan dasarnya di Kongres Nasional Tahunan PKR di Shah Alam, semalam.

Wan Azizah mendakwa prestasi DAP jauh lebih baik berbanding UMNO, terutama apabila DAP membelanjakan hampir setengah bilion untuk pembangunan Islam di Pulau Pinang sejak pentadbirannya.

Katanya, Ketua Menteri Lim Guan Eng membelanjakan RM457 juta dari 2008 sehingga 2017 untuk pembangunan hal ehwal Islam, institusi masjid dan sekolah.

“Manakala dalam tempoh yang sama, Barisan Nasional (BN) hanya peruntukan RM12 juta setahun. Hakikatnya UMNO-BN buntu menghadapi Guan Eng.

“Mereka terpaksa meniup sentimen perkauman. UMNO menuduh Guan Eng anti Melayu, MCA dan Gerakan pula menuduh Guan Eng terlampau membantu agama Islam,” kata Wan Azizah.

Justeru, isteri bekas Ketua Pembangkang itu kononnya yakin Pakatan Harapan mampu melakukan dengan lebih baik dalam tempoh sembilan tahun di Selangor dan Pulau Pinang iaitu kerajaan pentadbiran yang dipimpin oleh PKR, berbanding 50 tahun pentadbiran BN di peringkat persekutuan.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment