Salahuddin sahkan senarai majlis presiden Pakatan, Wan Azizah sebagai pengerusi

 Pakatan Harapan sudah menetapkan senarai majlis presidennya untuk diserah kepada Pendaftar Persatuan dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengerusi dan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat.

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub juga membayangkan kemungkinan senarai itu juga mewakili kabinet bayangan gabungan pembangkang berkenaan.

“Senarai itu hanya jawatankuasa sementara. Kami perlu mendaftar dengan RoS nama Pakatan Harapan, matlamat kami adalah untuk menggunakan senarai ini dan simbolnya pada pilihan raya umum akan datang.

“Kami juga bersetuju untuk menamakan beberapa tokoh daripada setiap parti untuk membuktikan kami amat serius, terutama dengan kehadiran (PPBM), ini masa tepat untuk menunjukkan kepada awam, kami serius, maka semua nama besar tersenarai dalam jawatankuasa sementara,” katanya dipetik Malay Mail Online.

Ditanya sama ada gabungan pembangkang itu menetapkan senarai Kabinet bayangan mereka, Salahuddin berkata, senarai majlis presiden itu memberi mesej tersirat kepada rakyat mengenai pemimpin yang mereka rasa boleh diberikan kepercayaan.

Awal hari ini, portal berita The Malaysian Insight menyiarkan berita bersandarkan sumber bahawa Pakatan Harapan sudah menetapkan senarai pegawai atasannya bagi menghadapi pilihan raya umum ke 14 (PRU14) yang dibuat dalam satu mesyuarat Ahad lalu.

Menurut laporan, Presiden PKR dan Ketua Pembangkang Dr Wan Azizah akan mempengerusikan majlis berkenaan bersama tiga naib pengerusi: Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Datuk Saifuddin Abdullah akan bertindak sebagai setiausaha agung gabungan itu manakala Naib Presiden DAP M. Kulasegaran bertindak sebagai bendari.

Laporan itu juga berkata, setiap parti komponen akan mempunyai tiga perwakilan dalam majlis presiden.

Datuk Seri Azmin Ali, Nurul Izzah Anwar dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail akan mewakili PKR; Salahuddin, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa and Anuar Tahir akan mewakili Amanah.

DAP pula diwakili oleh Tan Kok Wai, Teresa Kok dan Anthony Loke.

Sementara tiga wakil PPBM adalah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dan Datuk Dr Shahruddin Md Salleh.

Ahad lalu, Wan Azizah mengumumkan empat parti komponen Pakatan Harapan sudah menetapkan logo dan senarai kepemimpinan untuk permohonannya pendaftarannya kepada RoS.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana