SAIFUDDIN KINI TAK UBAH SEPERTI ‘BALACI RASMI’ DAP

Ada yang tak kenal dengan Penasihat Strategik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng?? Datuk Saifuddin Nasution atau boleh dianggap sebagai kaldai, lembu, balaci, kuda tunggangan dan khadam pada Guan Eng.

Tapi sekarang ni dah naik pangkat jadi jurucakap dan ditugaskan DAP untuk menyerang PAS bagi pihak parti cauvinis tersebut. Jawatan hamba pada DAP itu disandang Saifuddin sejak 5 Januari 2017 yang lalu. Jadi tak hairan la kalau korang tengok sekarang ni dia banyak jadi mulut pada DAP bagi menghentam PAS.

Buktinya, Saifuddin bertindak mengeluarkan kenyataan rasmi dengan menggunakan jawatannya sebagai Setiausaha Agung PKR mahu menyingkirkan kesemua pemimpin-pemimpin PAS yang mempunyai jawatan dalam kerajaan Selangor.

Itu semua kerana PAS pada Muktamar Tahunan kali ke-63 yang lalu memutuskan untuk menamatkan hubungan Tahuluf Siyasi dengan PKR. Oleh kerana mahu putuskan hubungan dengan PKR, maka Saifuddin mendesak pemimpin PAS Selangor agar meletakkan jawatan mereka dengan cara bermaruah dan terhormat.

Menurutnya, pelik kalau PAS dah putuskan hubungan dengan DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) serta bakal putuskan hubungan secara rasmi dengan PKR. Tetapi masih lagi bersama dalam kerajaan Selangor yang ditadbir oleh musuh parti Islam itu.

Katanya, PAS tak boleh bersama kalau dah putuskan hubungan. Apa yang anehnya, sejak bila Saifuddin ni dok jadi jurucakap pada DAP untuk menyerang PAS ni?? Sebab Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali sendiri macam tak kisah pun pemimpin PAS itu terus berada dalam kerajaan negeri tapi sebaliknya Saifuddin pulak yang over.

Kenyataan yang dikeluarkan Saifuddin tersebut terbukti mempunyai bayangan DAP kerana menyerang PAS. Saifuddin mahu menyingkirkan PAS sama seperti yang dilakukan Guan Eng di Pulau Pinang sehingga tinggal seorang pemimpin PAS sahaja di negeri tersebut.

Disebabkan Saifuddin ni dah jadi jurucakap kepada DAP dalam usaha untuk menghentam PAS, jadi tak hairan la kenapa dia yang beriya-iya mengeluarkan kenyataan demi kenyataan bagi mengkritik PAS.

Sedangkan Azmin sendiri masih membisu dan ambil jalan selamat mahu mengekalkan semua tiga Exco Kerajaan Negeri dari PAS sehingga pilihanraya umum ke-14. – TiraGomez

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana