Saifuddin kena telan 'Langkah Azmin'...

angan lupa Datuk Saifuddin Nasution ialah Penasihat Strategik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang.Itu jawatan rasmi yang beliau sandang sejak 5 Januari 2017.

Pada waktu yang sama beliau adalah Setiausaha Agung PKR.Beliau dilantik kembali pada 26 November 2016 ke jawatan pernah disandangnya dulu mengambilalih tempat Rafizi Ramli yang berdepan kes mahkamah dedahkan laporan audit 1MDB.

Jika dikaitkan kedudukanya sebagai orang kanan Lim Guan Eng ada yang membuat andaian adalah tidak mengejutkan beliau seolah ‘ hilang sabar’ mengeluarkan satu kenyataan rasmi atas jawatan Setiausaha Agung PKR pada 28 April nak tendang keluar orang PAS dari kerajaan negeri Selangor.

Saifuddin desak PAS segera putuskan soal kerjasama politik dan jika hendak bercerai perkara bermaruah dan terhormat yang perlu dibuat ialah bagi semua ahli PAS yang mempunyai jawatan di dalam kerajaan Selangor meletakkan jawatan.

Ini,katanya kerana akan dilihat janggal bersama dengan PKR sungguhpun sudah memutuskan perhubungan.

"Di mana logiknya memutuskan hubungan dengan Amanah (PAN) dan DAP dan kini mahu memutuskan hubungan dengan PKR, tetapi pada masa yang sama terus duduk bekerjasama sebagai sebuah kerajaan di Selangor?," katanya.

Kenyataan itu yang dikeluarkan sehari menjelang Muktamar PAS di Kota Sarang Semut dekat Alor Star .Ia dikira perang terbuka dan kata dua kepada PAS.

Sebaliknya kenyataan tegas Saifuddin itu tidak mencetuskan suasana gempar dalam muktamar itu.

Malah Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang yang diminta mengulas mengenainya steady sahaja secara sinis menilai kenyataan Saifuddin sebagai  ‘penjual ubat’ yang tidak boleh pakai.

Memang berat kalau seorang Presiden parti cakap begitu pasal kenyataan yang dibuat oleh seorang Setiausaha Agung yang merupakan pentabir utama dan pelaksana dasar sebuah parti.

Kenyataan Saifuddin bukan dibuat di tepi jalan tetapi dibuat menerusi kenyataan rasmi.

Ada yang bertanya kalau itu bukan kenyataan rasmi dan pendirian parti…apakah istilah hendak diberi.

Dalam bahasa lawak suara Setiausaha Agung PKR itu ibarat kupang tembaga yang tidak laku.

Dalam situasi politik sekarang Saifuddin tidak boleh marah jika ada yang mengandaikan ada ‘ bayang’ DAP dalam kenyataan keras yang dibuatnya itu.

Semua orang tahu pendirian DAP terhadap PAS dan bagaimana kerajaan negeri Pulau Pinang tidak berlengah tendang keluar semua orang PAS yang pegang jawatan di negeri itu bila parti itu keluar dari Pakatan Rakyat tidak lama dulu.

Setelah disindir oleh Haji Hadi …cuba bayangkan apa perasaan Saifuddin selaku Setiausaha Agung PKR bila Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR memberitahu wartawan pada Selasa,semalam semua tiga Exco Kerajaan Negeri dari PAS akan kekal sehingga pilihanraya umum ke 14.

Azmin ambil jalan selamat dengan memberi alasan kerajaan negeri Selangor terbentuk berdasarkan sokongan majoriti ahli dewan, bukan kepartian.

“Jadi kita ada 43 DUN yang dibentuk hasil sokongan mandat rakyat. Its my duty, tanggungjawab saya untuk menjaga amanah diberi rakyat bukan saya yang buat pilihan.Dalam penggal ini rakyat pilih kita untuk bekerja bukan untuk bergaduh.Jadi bila rakyat suruh kita kerja kita mesti tunduk. Bekerja untuk rakyat," katanya.

Hairan juga…DAP tidak gunapakai alasan kerajaan negeri Pulau Pinang terbentuk hasil sokongan mandat rakyat pada pilihanraya umum ke 13 dulu.

Mungkinkah DAP rasa boleh jentik kerana PAS cuma ada satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang.

Sebaliknya di Selangor lain ceritanya…PAS ada 13 kerusi DUN di Selangor yang boleh bikin goyang juga kerajaan Azmin dari segi majoriti.

Apa nak hairan melihat ‘wayang’ Azmin masih nak tunjuk steady dan semua OK dalam menghadapi situasi politik yang tidak menentu di negeri itu gara-gara usul yang dilulus di Muktamar PAS di Kota Sarang Semut dekat Alor Star memutuskan kerjasama politik dengan PKR.

Dari 56 kerusi DUN di Selangor sekarang Pakatan ada 29 yakni PKR 13,DAP 15 dan PAN 2 = 30.

PAS pula ada 13 DUN,UMNO 12 dan Bebas 1 = 26.

Kini semua menunggu mesyuarat Majlis Syura PAS,yakni badan tertinggi parti itu untuk beri kata putus rasmi atas usul yang diluluskan oleh Muktamar PAS.

Ramai yang menjangka keputusan Majlis Syura sudah nampak jelas tertera diatas batu dan cuma tunggu masa kerana usul berkenaan diluluskan sebulat suara di muktamar.

PAS dikenali parti yang buat keputusan step by step.

Di atas kertas kedudukan Azmin selaku Menteri Besar dan kerajaan Pakatan nampak macam tidak tergugat sekalipun PAS putuskan kerjasama politik.

Dari segi peraturan lebih satu kerusi DUN pun masih bertahan sebagai kerajaan negeri.

Ada pemerhati yang menilai keputusan terbaru Azmin nak kekalkan Exco PAS hingga PRU14 lebih kepada usaha jaga ‘periuk nasi’ sendiri.

Ini kerana PAS sendiri bertegas ia tidak akan lepaskan jawatan berkenaan.

Beliau sudah tentu tidak mahu wujud persepsi adanya ‘gaduh-gaduh’ dan kedudukannya tidak menentu untuk mengharungi pilihanraya umum nanti.

Dulu PAS menjadi talian hayatnya merangkul jawatan Menteri Besar dalam kemelut ‘Langkah Kajang’…kini beliau masih cuba nak bergayut pada dahan itu untuk survival politiknya.

Saifuddin kena belajar menelan seadanya ‘Langkah Azmin’.

DAP dan PAN yang sudah tidak tahan sangat dengan kelibat PAS juga perlu tahan sabar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana