RUU 355: Hadi berterima kasih, 'tidak lupa' bantuan kerajaan

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang merakamkan penghargan terhadap kerajaan kerana membenarkan beliau membentangkan usul Rang Undang-Undang Pindaan Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa) 355 atau RUU 355 di Parlimen bulan lalu.

Beliau menyifatkan langkah Barisan Nasional (BN) itu sebagai  amat  bermakna kepada usaha meningkatkan syiar Islam.

Berucap ketika menutup Muktamar PAS ke-63,  Hadi berkata beliau  juga tidak akan lupa kerjasama itu, dan berdoa 'semoga Allah memudahkan jalan ke hadapan'.

Pada sidang media kemudiannya, Hadi ditanya sama ada penghargaan terhadap kerajaan itu adalah petanda kepada kerjasama lebih erat dengan Umno.

Jawab Hadi : “Konsep kita, kerjasama atas perkara baik, kebajikan kita kerjasama. Tetapi perkara yang bercanggah dengan Islam, kita bangkang, kita tentang. Itu pendirian kita yang terbuka”.

Pada sidang Parlimen lalu, Hadi diberi laluan untuk membentangkan pindaan kepada RUU355 bertujuan menambah kuasa-kuasa Mahkamah Syariah yang agak terbatas ketika ini.

Usul pindaan itu dijangka akan dibahaskan pada sidang Parlimen Julai depan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana