‘ROSMAH SUDAH BERJAYA BAWA PELAJAR MALAYSIA KE OXFORD, DAP APA SUMBANGANNYA?’

Pakatan pembangkang diminta untuk tidak membangkang secara membuta tuli terhadap usaha isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menjayakan program pendidikan awal kanak-kanak menerusi program PERMATA.

Bekas Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Tan Tuan Tat berkata, apa yang dilakukan oleh Rosmah adalah berusaha untuk membentuk dan mengasuh golongan muda untuk menjadi pemimpin masa akan datang lantas membina negara bangsa.

“Pembangkang harus ingat, pendidikan adalah jambatan kepada pembinaan sebuah negara bangsa. Orang ramai tanpa mengira bangsa Melayu, Cina, India malah bangsa Kadazan atau Dayak juga mementingkan pendidikan.

“Jadi program PERMATA adalah persediaan awal untuk membentuk minda kanak-kanak mengikut keinginan dan kebolehan mereka sendiri,” ujarnya kepada Malaysian Digest.

Antara kejayaan program PERMATA naungan Rosmah adalah seperti kejayaan gadis berusia 22 tahun daripada Pulau Pinang, Koo Jia Hui, salah seorang produk PERMATA yang berjaya melanjutkan pelajaran ke University Of Oxford.

Rosmah juga berjaya mendapatkan biasiswa bagi Jia Hui untuk menyambung pelajaran ke peringkat PhD dalam bidang Biokimia di universiti berkenaan.

Selain daripada itu, PERMATA juga berjaya mengubah pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran seperti Aiman Hakim Muhammad Azizan yang akhirnya menjadi pelajar genius selepas menyertai PERMATA Insan.

Aiman, 14, turut serta bersama Rosmah ke London bagi menyertai Majlis Nobel Minda selama seminggu yang berakhir, kelmarin, juga telah menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Kuarters KLIA, Sepang, dua hari sebelum berangkat ke London.

Seperti Aiman, M Syaqur M Anuar juga merupakan pelajar Asas 3 Kolej PERMATA Insan telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perdana Abqari sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Kolej PERMATA Insan 2016.

Menurut Tuan Tat, contoh kejayaan pelajar PERMATA ini merupakan indikasi kepada kejayaan Rosmah menaungi sebuah program yang memberi penekanan kepada pendidikan awal kanak-kanak.

“Rosmah mempunyai Sarjana dalam bidang Sosiologi disamping Ijazah Sarjana Muda Pengajian Sosiologi dan Antropologi, memberi kelayakan secukupnya kepada isteri Perdana Menteri itu untuk menaungi PERMATA.

“Saya melihat ramai pihak cuba menyerangnya tetapi Rosmah dilihat tidak kisah dengan serangan terhadapnya. Bagi saya apa yang dilakukannya adalah tepat. Kerana kejayaan yang ditempa oleh Rosmah memadam segala dakwaan terhadapnya,” tegas bekas pemimpin DAP itu lagi.

Mengulas lanjut mengenai serangan oleh pembangkang terutama daripada DAP kepada Rosmah, Tuan Tat kemudiannya menyoal kembali Penasihat DAP Lim Kit Siang mengenai sumbangannya kepada sistem pendidikan negara, terutama sistem pendidikan sekolah jenis kebangsaan Cina.

“Kit Siang kena ingat, ramai penyokong DAP menghantar anak mereka ke sekolah Cina tetapi apa yang dia lakukan untuk memajukan sekolah Cina?” ujarnya.

Tambahnya, bekas ahli parlimen Petaling Jaya Oh Ken Seng dari parti DAP juga pernah mengutarakan perkara sama kepada pemimpin utama parti berkenaan mengenai sumbangan DAP terhadap pendidikan negara.

Ken Seng menerusi satu sidang akhbar pada bulan lepas mempersoalkan kembali Tabung Pendidikan Tinggi DAP yang ditubuhkan untuk membantu pelajar yang memerlukan.

“Ahli Parlimen DAP dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri perlu menyumbangkan RM5,000 (seorang) kepada tabung yang ditubuhkan sejak 1970-an. Kami telah menyalurkan duit kepada tabung berkenaan tetapi tabung itu tidak aktif kerana ianya tidak mempunyai akaun rasmi, ke mana dana itu pergi?” soal Ken Seng.

Katanya, sejak beliau meninggalkan parti pada 1978, DAP sudah mengutip lebih RM500,000 menerusi tabung berkenaan, maka apa yang sudah dilakukan untuk menambah baik sistem pendidikan sekolah Cina Malaysia?

Tuan Tat dalam pada itu menegaskan bahawa Kit Siang sehingga kini masih belum menjawab atau mengelak untuk menjelaskan sumabangannya kepada sekolah Cina.

“Hanya kerana pembangkang tidak melakukan sebarang insisatif untuk bagi pendidikan awal kanak-kanak, tak bermaksud apa yang dilakukan oleh Rosmah itu salah.

“Jadi jangan suka-suka membangkang, hanya kerana kamu seorang pembangkang,” ujarnya lagi.
– mD

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana