RM3 JUTA LAGI ASET DISITA SPRM, MILIK DALANG KES RASUAH PEGAWAI IMIGRESEN

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita sejumlah RM3 juta termasuk wang tunai RM1.5 juta dipercayai milik suspek utama kes rasuah permit pegawai dagang membabitkan pegawai imigresen.

Menurut sumber SPRM Kedah, wang tunai dan simpanan tetap berkenaan ditemukan di rumah salah seorang suspek yang ditahan di Selangor kelmarin.

“Wang dan simpanan tetap itu dipercayai milik suspek utama yang juga merupakan pegawai imigresen yang ditahan Isnin lepas.

“Jumlah keseluruhan aset yang disita sejak penahanan kelima-lima suspek adalah RM6.57 juta.

“Kita percaya suspek mempunyai banyak lagi wang yang disorokkan.

Usaha dijalankan untuk mengesan wang tersebut,” katanya di sini hari ini.

Akhbar melaporkan tiga ditahan termasuk dua pegawai imigresen berhubung kes rasuah bernilai RM28 juta membabitkan permit pegawai dagang. – UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana