Rekaan logo Harapan memalukan, kata Latheefa Koya

Selepas netizen mengecam rekaan cadangan logo Pakatan Harapan, kini seorang ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Latheefa Koya menyifatkan logo itu sebagai memalukan.

Pertelingkahan mereka mendapat perhatian pengguna laman sosial sekaligus menjelaskan sifat tidak matang kedua-dua pemimpin kanan parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semalam Latheefa memuatnaik status di Facebooknya menyebut: “You have collected millions from the public and you dare come up with this awful looking design – the cheek! putting it for people’s vote? Embarassing!.

Pertelingkahan tersebut kemudiannya bersambung di kumpulan Whatsapp Majlis Pimpinan PKR.

Melalui salinan perbualan diterima BNBBC my portal, Rafizi dengan nada menyindir Latheefa menaip, ‘Memandangkan kamu yang penakut dan tak berani berdebat, maka melalak lah kamu sorang-sorang’.

“Banyak lagi jasa saya dengan rakyat berbanding dengan Latheefa koya ni,” kata Naib Presiden PKR itu dengan nada angkuh.

Difahamkan sepanjang perbualan terbabit yang berlangsung pada pagi semalam, tiada mana-mana ahli dalam kumpulanWhatsapp itu cuba meredakan keadaan, sebaliknya, hanya membiarkan mereka bertelagah sesama sendiri.

Perbualan tersebut dipercayai didedahkan oleh pimpinan dalaman PKR dan disebarkan oleh ahli parti yang sedang digantung keahlian iaitu Badrul Hisham Shaharin yang dikenali Chegubard.

Bagimanapun sehingga berita ini disiarkan, tidak dipastikan sama ada pertelingkahan itu sudah reda atau masih lagi hangat.

Semalam, Rafizi memuatnaik tiga cadangan logo gambar di Facebooknya dengan dua daripadanya menunjukkan grafik separa matahari dengan perkataan ‘Harapan’ di bawahnya berlatar belakang kuning serta merah, manakala satu logo ketiga menunjukkan gambar ibu jari menuding ke atas

Ketiga-tiga logo Pakatan Harapan itu disenarai pendek oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan pada minggu lalu.

Ahli Parlimen Pandan itu dilaporkan berkata dua logo direka oleh PKR, manakala satu lagi direka oleh PPBM.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana