Rasuah jual tanah wakaf: Bekas pengerusi dan setiausaha jawatankuasa masjid direman empat hari

Padan mukanya....Harap kan Pagar Pagar Makan Padi...

Bekas pengerusi dan bekas setiausaha jawatankuasa sebuah masjid di Melaka direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah dalam proses penjualan tanah wakaf masjid berkenaan.

Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka Mohd Anuar Ostadi membenarkan kedua-dua suspek direman selepas mendengar permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kedua-dua lelaki berkenaan yang berpakaian kemeja-T hitam dan seorang lagi kemeja merah dibawa ke Kompleks Mahkamah Melaka di Ayer Keroh di sini kira-kira 10.40 pagi ini untuk permohonan reman itu.

Akhbar Rabu melaporkan suspek berusia 61 dan 46 tahun itu dipercayai menerima wang sogokan bernilai RM116,000 bagi melancarkan proses jual beli tanah wakaf milik masjid itu di Kampung Bukit Cina, di sini.

Mereka ditahan kira-kira 7 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Negeri Melaka di sini.

Dua individu terbabit disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 405 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua suspek dipercayai telah menerima wang rasuah daripada seorang lelaki bukan Islam dalam proses jual tanah wakaf itu pada 2012.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana