Rasmi…PAS dan PKR bercerai....Alhamdulilah....Rasakan Lah

Setelah bercerai dengan Pakatan Rakyat…PAS hari ini secara rasmi memutuskan kerjasama politik  atau Tahaaluf Siyaasi dengan PKR.

Keputusan muktamad dan rasmi itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS yakni badan pengubal dasar tertinggi parti itu di ibupejabat PAS di Kuala Lumpur.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat kira-kira jam bermula jam 3 petang itu Majlis Syura serahkan kepada Jawatankuasa Kerja Pusat PAS mengambil sebarang tindakan politik termasuk urusan pentabiran negeri Selangor.

Jawatankuasa berkenaan diminta merujuk kepada maslahah dan kepentingan Islam dan rakyat dalam hal itu.

Majlis Syura kata ia mengambil keputusan batal hubungan politik dengan PKR kerana terdapat banyak perlanggaran terhadap syarat Tahaaluf Siyaasi menurut pertimbangan hokum syarak dan akhlak Islam.

Antaranya menentang sebahagian agenda Islam seperti RUU355,melanggar adab berkerjasama politik seperti menyerang pimpinan PAS dan membuat tuduhan-tuduhan palsu yang merosakan imej PAS.

Khianat dalam hubungan politik dengan PAS  antaranya dengan pihak-pihak yang mehu menjatuhkan kerajaan negeri Kelantan dan menentang PAS dalam pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Mesyuarat Majlis Syura itu diadakan bagi memuktamadkan usul putuskan hubungan politik dengan PKR yang diluluskan oleh Muktamar PAS di Kota Sarang Semut dekat Alor Star baru ini - -
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment