RAKYAT PATUT JADIKAN PERCAKARAN DI SELANGOR SEBAGAI TAULADAN – JANGAN UNDI PAKATAN

KRISIS dalam kerajaan Selangor ini bukanlah sekali, dalam penggal ini saja sudah 2 kali. Dulu salahkan MB lama, ganti MB baru pun macam itu juga, berkrisis tak sudah-sudah. Perkembangan di Selangor penting sebab negeri itu adalah contoh terbaik bayangan KALAU Pakatan memerintah negara. Kalau rakyat nak bayangkan MACAM MANA Pakatan memerintah di peringkat persekutuan esok, Selangor sajalah tempatnya, takde lain lagi dah.

Di Kelantan dan Pulau Pinang itu tak boleh dijadikan bayangan sebab solid dikuasai masing-masing PAS dan DAP. Di Selangor inilah bayangan yang sebenarnya dan setakat ini apa yang kita semua rakyat nampak ialah huru hara, kacau bilau dan caca marba. Benda senang pun jadi susah sebab pemimpin Pakatan tidak tahu adat berkomponen ni macam mana sebenarnya, kalau dia sendiri-sendiri tu lainlah.

Macam kedudukan Exco PAS inilah, benda senang tu kan, suruh saja Azmin pecat, apa masalahnya? Tak, dia main pusing-pusing jugak, bila nak selesainya?

Justeru, rakyat patut mengambil ini sebagai tauladan untuk tidak memilih Pakatan dalam PRU14 yang akan datang. Asyik bertelingkah sesama sendiri, bila masanya nak majukan rakyat. Tak hairan sejak ambil alih kerajaan negeri dari 2008, apa benda yang hebat sangat pasal Selangor hari ini berbanding kerajaan BN dulu? Takdak.

Ni besok KALAU menang di peringkat persekutuan, benda sama pun akan berulang malah lebih teruk lagi. Kegagalan menamakan Perdana Menteri ni saja satu contoh yang baik untuk dijadikan bukti.

Memang kita akui, masalah dalam mana-mana pentadbiran adalah biasa. Tapi kalau masalah tak sudah-sudah, lepas satu, satu benda yang menimpa – ini bukan biasa tapi menunjukkan banyak yang tak kena.

Ini belum parti Mahathir masuk menyibuk lagi. Mahathir kita semua tahulah, dia nak tentu semua benda pun. Yang jadi Pakatan tak boleh nak namakan siapa bakal PM hari ini adalah kerana Mahathir bukan saja mahu tentukan siapa PM Pakatan KALAU puak ini menang PRU14, malah Mahathir juga mahu tentukan siapa bakal PM selepas itu. -Mykmu

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana