RAFIZI RAMLI JAUH LEBIH TAKUT BERBANDING YANG KITA SANGKAKAN

Sudah kerap pelbagai persoalan mengenai cara Rafizi menguruskan sebuah syarikat miliknya yang diberinama INVOKE didedahkan oleh media. Malah, sudah ramai pihak bertanyakan kepada Rafizi, siapakah yang berada di belakang penubuhan INVOKE dan dari mana syarikat berkenaan memperolehi dana. Namun, Rafizi hanya memberikan jawapan yang cukup mengelirukan dan menimbulkan lebih banyak tanda tanya.

Di saat Rafizi seolah-olah mengelak untuk menjawab sebarang persoalan yang timbul tentang INVOKE, dia lebih dilihat lebih kerap tampil dengan mengemukakan tuduhan-tuduhan dangkal dan palsu terhadap kerajaan, lebih-lebih lagi sasaran terbarunya, SRC International Sdn Bhd. Setiap hari, ada sahaja tuduhan palsu terbaru yang dia ketengahkan tanpa sekalipun mendedahkan dari mana dia memperolehi data berkenaan.

Namun, apabila ditanya tentang INVOKE, Rafizi lebih senang mengunci mulut. Ketika tinjauan dilakukan terhadap laman sosial Facebook miliknya, rata-rata netizen yang mempersoalkan tentang INVOKE di ruangan komen miliknya, pasti komen berkenaan akan dipadamkan dan seterusnya akan di halang dari memasuki laman sosial miliknya.

Hal yang sama turut berlaku di laman sosial Twitter miliknya apabila dia akan menghalang sesiapa sahaja yang bertanyakan tentang INVOKE. Persoalannya, adakah ini cara Rafizi mengamalkan kebebasan bersuara seperti yang kerap dia laungkan sebelum ini? Kenapa begitu sukar buat Rafizi untuk menerangkan duduk sebenar siapa di belakang INVOKE dan berapa jumlah tajaan yang diterimanya?

Memang agak menghairankan apabila melihat tingkah laku Rafizi jika berbicara tentang INVOKE. Jika kita perhatikan, hanya dia sahaja yang boleh mengemukakan soalan sedangkan pihak lawan dihalang sama sekali dari mengemukakan soalan terutamanya melibatkan INVOKE.

Seperti ada sesuatu yang cuba disembunyikannya, Rafizi juga dilihat seperti takutkan bayang-bayangnya sendiri apabila sedaya upaya memusnahkan Ketua Angkatan Muda Keadilan Bahagian Ampang, Datuk Adam Rosly. Rafizi dilihat cukup gentar apabila Adam Rosly mula bersuara dan menyentuh halnya di Parlimen Pandan.

Apa yang sebenarnya cuba disembunyikan Rafizi? Adakah INVOKE akan menjadi bencana buatnya sekiranya pelopor di belakang INVOKE didedahkan? Adakah penglibatan George Soros melalui Open Society Foundation (OSF) ini cuba dilindungi Rafizi seperti mana tindakan BERSIH dan Malaysia Kini yang menafikan penglibatan Soros dan OSF dalam organisasi mereka?

Jika Rafizi menjulang ketelusan dalam perjuangannya, apa sahaja persoalan yang diajukan kepadanya, harus dijawab dengan jelas. Tindakan menghalang sebarang persoalan diajukan kepadanya di laman sosial Facebook dan Twitter miliknya bukanlah lambang kepada hak kebebasan bersuara. Sebaliknya ia adalah tindakan pengecut seorang yang cuba menyembunyikan sesuatu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana