Putus kerjasama politik PKR-PAS: 'Perkara baik tak perlu tangguh'

Ahli PAS seumur hidup, Ismail Mina Ahmad menggesa Majlis Syura Ulama menyegerakan keputusan putus hubungan dengan PKR.

"Saya sokong, saya sudah lama sebut perkara ini, dan Alhamdulillah ia dilaksanakan PAS. Saya sangat bersetuju.

"Majlis Syura Ulama perlu mempercepatkan sebab keputusan muktamar jelas. Tak perlu ditangguh. Perkara yang baik patut disegerakan, memang baik diputuskan," katanya kepada Antarapos, hari ini.

Muktamar PAS ke-63 di Kota Sarang Semut, Kedah berakhir semalam bersetuju menerima usul memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR, atas alasan parti itu sudah beberapa kali mengkhianati perjanjian kerjasama.

Keputusan muktamad diserahkan kepada Majlis Syura Ulama PAS yang dikatakan bakal menetapkan satu tarikh bagi bermesyuarat, dalam menentukan hala tuju tahaluf siyasi PAS dengan PKR.

Ia mengambil kira kerjasama PKR dengan Amanah dan DAP menerusi Pakatan Harapan (PH), kegagalannya menyokong usaha PAS memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah melalui Pindaan Akta 355 dan siri-siri kenyataan yang dianggap biadap sehingga menjejaskan hubungan dua parti.

Kesemua perwakilan di muktamar itu bingkas menyatakan persetujuan dengan bangun dan melaungkan takbir ketika usul dibuka untuk perbahasan, dan kemudiannya disahkan oleh pengerusi tetap.

Semalam Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo menyifatkan adalah satu penghinaan kepada perwakilan PAS jika Majlis Syura Ulama gagal menghormati gesaan untuk putus hubungan dengan PKR.

Mengulas hal sama, Ismail percaya Majlis Syura Ulama mempunyai justifikasi tersendiri dan 'memahami' kehendak ahli-ahli PAS.

"Ahli-ahli PAS sedar bagaimana mereka telah dan sedang dipermainkan oleh DAP dan PKR. Oleh demikian sebagai salah satu parti tertua di Malaysia dan mempunyai pelbagai pengalaman, mereka semestinya mengambil satu keputusan yang jelas mengenai bagaimana hendak melaksanakan hasrat perlembagaan mereka untuk membuang segala halangan yang boleh melambatkan proses yang ada di dalam perlembagaan mereka.

"Yang mana halangan terbesar adalah PKR dan DAP, bagaimana kita lihat RUU 355 dan banyak lagi yang tidak dapat pergi jauh apabila masih kekalnya tahaluf siyasi PKR dengan DAP," tegasnya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana