Putar Dan Belit Tun Mahathir Melawan Perdana Menteri Malaysia DS Najib.

■ Pada mulanya Tun Mahathir mendakwa dia “telah bekerja keras untuk menjadikan DS Najib Perdana Menteri Malaysia,” tetapi sekarang dia “mahu DS Najib disingkirkan, meletak jawatan daripada menjadi Perdana Menteri.”

■ Dakwaan ini tidak benar kerana ahli UMNO dan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang telah memilih untuk menaikkan DS Najib sebagai Presiden parti dan rakyat Malaysia yang kemudiannya memberi mandat kepada BN.

■ DS Najib mengambil alih kerajaan di saat negara berhadapan krisis ekonomi global, kesan krisis kewangan yang bermula sejak tahun 1998 dan krisis politik yang sedikit sebanyak berpunca beliau.

■ Tun Mahathir lupa yang Tun Abdullah pernah menegaskan bahawa negara boleh bangkrap jika beliau mengikut cakap Tun Mahathir. Ini kerana negara belum pulih sepenuhnya dari kesan krisis matawang tahun 1998 sehingga kerajaan perlu mengemukakan belanjawan defisit bagi menyokong semula ekonomi dan pembangunan negara.

■ Sebaik DS Najib mengambil alih, mungkin Tun Mahathir tidak sedar, ekonomi negara bertumbuh dengan begitu baik dan terus stabil. Kadar pertumbuhan ekonomi negara pada tahun 2009 (-1.5%), 2010 (7.4%), 2011 (5.2%), 2012 (5.6%), 2013 (4.7%), 2014 (6.0%). dan 2015 (4.9% – suku kedua 2015). Secara perbandingan antara negara bagi suku kedua pula, kadar pertumbuhan ekonomi AS adalah pada 2.7%, China 7%, Jepun 0.7%, Thailand 2.8%, Indonesia 4.67%, Australia 2%, New Zealand 2.6%, Korea Selatan 2.2%, India 7%, Filipina 5.6%, Italy 0.7%, Jerman 1.6% dan Singapura 1.8%.

■ Tun Mahathir mengaitkan DS Najib dengan kejatuhan nilai ringgit. Analisis nilai ringgit sejak Januari 2009 didapati, nilai ringgit ketika itu adalah RM3.70 kepada 1 Dollar Amerika (AS$). Pada Januari 2010, nilai ringgit meningkat kepada RM3.30. Peningkatan nilai ringgit hampir mencecah RM2.90 pada Julai 2012 dan nilai ini turun naik di antara RM3.20 ke RM2.95 sepanjang tempoh Januari 2012 sehingga Julai 2014, sebelum turun kepada RM3.20 pada penghujung tahun 2014 seterusnya kepada RM3.70 pada Mac 2015.

■ Sejak 2009 sehingga hujung 2014, nilai ringgit meningkat kukuh berbanding AS$, tetapi ketika nilai ringgit naik, kenapa Tun Mahathir tidak pernah mengaitkannya dengan DS Najib. Kenapa?

■ Hakikatnya bukan sahaja ringgit jatuh tetapi matawang lain juga turut jatuh. Kenapa nilai matawang kebanyakan negara jatuh?. TIGA faktor paling utama,
1. Spekulasi peningkatan kadar faedah AS,
2. Harga minyak mentah dan komoditi yang rendah dan
3. Nilai Yuan China menurun.

■ Tun Mahathir mengaitkan DS Najib dengan penyusutan harga saham. Tun tidak sedar, harga saham global juga mengalami penyusutan. Selain Bursa Saham Kuala Lumpur, pasaran saham di seluruh rantau ini juga jatuh dengan Indeks Komposit Jakarta mendahului dengan kejatuhan 3.1% diikuti oleh Indeks Hang Seng Hong Kong yang turun 2.38%.

■ Analisis Indeks MSCI ke atas pasaran saham dunia sejak Januari sehingga Ogos 2015, menunjukkan penurunan global pasaran saham (dalam Dollar AS) sebanyak – 6.7%, ‘Emerging Markets’ (-16.7%), AS (-5.0%) dan UK (-9.7%). China mengalami penurunan sebanyak -15.0%, Korea Selatan (-14.1%), Taiwan (-14.7%), Australia (-19.7%), Singapura (-21.5%), Malaysia (-26.0%), Indonesia (27.3%), Germany (-6.4%) dan Sweden (-6.3%)

■ Tun Mahathir mengaitkan kos sara hidup yang kononnya meningkat selepas pelaksanaan GST. Jika dakwaan Tun ini benar, sudah pasti rakyat di negara lain yang mempunyai kadar GST yang lebih tinggi akan jauh lebih terbeban. Kadar GST di Malaysia hanya 6%, sedangkan di Thailand (7%), Indonesia (10%), Singapura (7%), Korea Selatan (10%), India (12.36%), China (17%), Australia (10%) dan New Zealand (15%). Hakikatnya, dari segi Indeks Kos Sara Hidup, sehingga pertengahan tahun 2015, kedudukan Malaysia adalah di tangga 94, bermaksud kos sara hidup di Malaysia masih lebih rendah berbanding 93 buah negara lain di dunia.

■ Berdasarkan Indeks Kos Sara Hidup Expatistan pula, kos sara hidup di KL hampir sama dengan Jakarta, lebih rendah 4% daripada di Manila, 6% lebih rendah daripada Bangkok dan 56% lebih rendah daripada Singapura. Malaysia di kedudukan ke-94 di dalam indeks Kos sara hidup. Dan Indeks Kos Sara Hidup di Asia, Malaysia di kedudukan ke-29

■ Tun Mahathir juga mengulangi tuduhan lapuk yang dikitar semula mengenai 1MDB. Cuma bezanya kali ini Tun Mahathir tidak lagi berani mengatakan RM42 bilion lesap sebaliknya mengatakan hanya RM20 bilion lesap. Kali ini Tun tidak lagi menyebut kadar faedah adalah hampir 7%, sebaliknya sudah menukarnya kepada hanya 5.9%.

■ Tun Mahathir masih menuduh Goldman Sachs menerima komisen sebanyak 10%. Tetapi sehingga hari ini, dia masih gagal memberikan sebarang bukti bahawa Goldman Sachs menerima komisen sebanyak itu. Tun juga gagal memberikan sebarang bukti ke mana duit pelaburan PetroSaudi lesap, melainkan hanya mengulangi dakwaan ia mungkin dilesapkan untuk anak tiri, isteri, perkahwinan anak DS Najib dan dimasukkan ke dalam akaun DS Najib. Cuma kali ini Tun tidak lagi menyebut tentang Jho Low dan Paris Hilton.

■ Tun Mahathir menuduh 1MDB membeli loji kuasa elektrik pada harga lebih tinggi daripada harga pasaran, tanpa dapat memberikan nilai sebenar loji kuasa tersebut dan gagal membezakan di antara pembelian stesen janakuasa dengan pembelian syarikat pembekal kuasa (IPP). Bezanya kali ini, Tun tidak lagi berani menyebut mengenai soal lesen yang hampir tamat.

■ Tun Mahathir juga membuat kesalahan fakta apabila mengatakan bahawa “satu2nya aset yang dipunyai oleh 1MDB sekarang adalah loji kuasa dan tanah di Kuala Lumpur,” sedangkan hakikatnya 1MDB masih mempunyai tanah di Pulau Pinang dan Selangor, serta mempunyai asset kewangan yang disahkan kewujudannya dalam penyata akaun diaudit 1MDB dan telah disemak oleh Ketua Audit Negara.

■ Secara tiba2 Tun Mahathir sudah mempercayai media asing yang merupakan musuh yang tidak dipercayainya selama 22 tahun pemerintahannya. Mungkin Tun Mahathir lupa bahawa selama ini, dia lebih banyak disebut oleh media asing, bukan sahaja berkaitan pelbagai skandal ekonomi, kapitalisme kroni dan "bail-outs" tetapi juga berkaitan tindakannya ke atas DSAI, penahanan musuh2 politiknya dan pembunuhan di Memali. Mungkin Tun tidak malu, tetapi ramai juga di kalangan rakyat Malaysia yang malu dengan tindakan2nya yang dilaporkan media sepanjang tempoh pemerintahannya.

■ Antara tajuk artikel yang pernah mencemar nama baik Malaysia melibatkan Tun Mahathir adalah:-
1. “Rescue Plan for Perwaja Carries a Hefty Price Tag,” WSJ, December 31, 1996
2. “MISC to Pay $220 Million Price For Assets From Mahathir’s Son,” WSJ, May 1, 1998
3. “Malaysia: Turning A Cash Cow Into A Beast Of Burden (Int’l Edition),” Businessweek, August 15, 1999
4. “Privatisation and Bailouts in Malaysia: The truth about privatization,” Aliran Monthly, Volume 25, issue 6 2005
5. “We encourage Mahathir’s evil,” Free Malaysia Today, September 13, 2013
6. “Malaysia Reins In Opposition,” Washington Post, August 12, 2001
7. “Malaysia’s ex-PM Badawi hits out at predecessor,” Jakarta Post, August 9, 2013
8. “Mahathir’s Disastrous Financial Speculation,” Asia Sentinel, March 5, 2012

■ Ini belum pelbagai dakwaan lain, termasuk laporan bahawa Tun Mahathir membazirkan dan mengakibatkan negara kerugian RM100 bilion seperti yang didakwa oleh Barry Wain, dalam buku “Malaysian Maverick – Mahathir Mohamad in Turbulent Times.”

■ Adakah Tun Mahathir begitu terdesak kerana rancangan untuk menggulingkan dan menjenayahkan Datuk Seri Najib Tun Razak sejak bulan Mac 2014 masih belum menjadi kenyataan?.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment