Pulak Dohhh!!!! Isu calon PM dedah lagi pekong Pakatan…Dr Mahathir kata PKR tidak boleh paksa ikut kehendaknya

Cubaan PKR di majlis perasmian kongres parti itu di Shah Alam pada Ahad semalam untuk ‘ kunci’ kehendaknya mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi calon Perdana Menteri jika Pakatan Harapan menang PRU14 telah mendedahkan lagi pekong membara dalam pakatan pembangkang mengenai isu yang tidak beres itu.

‘Tembak menembak’ sudah kedengaran dikalangan mereka gara-gara gelagat pimpinan dan perwakilan PKR pada kongres itu ramai-ramai tayang plakad  ‘Anwar PM ke 7’ pada majlis yang turut dihadiri oleh Presiden PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Apa yang terus menjadi buah mulut ramai ialah aksi janggal Dr Mahathir dan Muhyiddin yang duduk diatas pentas utama bersama pimpinan PKR,DAP dan PAN …tidak turut serta angkat plakad itu.

Dari kaca mata orang sukar hendak sembunyi mereka tidak setuju dan itu pun yang dibayangkan oleh Dr Mahathir ketika ditemui wartawan ketika hendak meninggalkan majlis.

Katanya terserah kepada sesiapun buat pilihan mereka.

Mukhriz juga gambaran begitu bila kata soal calon Perdana Menteri perlu dibincangkan dan seseorang perlu dipilih sebelum PRU14.

Kesimpulan yang nampak ialah bagi mereka soal itu belum muktamad.

Namun bukanlah satu rahsia yang Dr Mahathir lebih condong mahu Muhyiddin sebagai calon berkenaan.

Pada Isnin dalam interbiu dengan portal Free Malaysia Today,bekas Perdana Menteri itu ‘buka cerita’ mengenai pendiriannya dalam hal itu.

Menurut Dr Mahathir PKR tidak boleh memaksa parti gabungan lain mengikut kehendaknya.

Katanya calon Perdana Menteri itu bukanlah calon PPBM atau DAP tetapi Pakatan Harapan.

Dr Mahathir kata Pakatan Harapan perlu mematuhi undang-undang negara, jika bertegas memilih Anwar sebagai Perdana Menteri selepas memenangi PRU14, memandangkan ketua umum PKR itu masih dipenjarakan.

“Kita mesti patuh kepada undang-undang. Kita berjuang untuk menegakkan kedaulatan undang-undang.

“Tetapi, jika (selepas) berkuasa kita tidak mematuhinya, apa hak kita untuk menegur orang lain yang tidak mengikut undang-undang?” soalnya seperti dilapor portal itu.

PRU14 perlu diadakan selewat-lewatnya pertengahan 2018, tetapi Anwar masih menjalani hukuman penjara 5 tahun di Penjara Sungai Buloh, sejak Mac 2014, selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 2008.

Dr Mahathir berkata, selaku tetamu di majlis perasmian kongres PKR  beliau perlu menghormati tuan rumah acara semalam.

“Kami hadir sebagai tetamu, dari parti lain. Jadi bila acara itu diadakan, ia mencerminkan kehendak PKR. (Tetapi) kita tidak bolehlah dipaksa mengikuti kehendak PKR.

“Pakatan pun belum didaftarkan, belum ada simbol. Selepas berdaftar dan kita tersusun rapi dan rapatkan hubungan, pada masa itu kita duduk berbincang. Bukan (calon perdana menteri mengikut) PPBM atau DAP, tetapi Pakatan Harapan,” katanya.

Serentak dengan itu, Dr Mahathir mengulangi pendiriannya tidak mahu bertanding pada PRU14 dan tidak akan menjadi perdana menteri lagi.

“Saya sudah usang, sudah tua,” katanya yang berusia 92 tahun.

Dalam pada itu Datuk Zaid Ibrahim yang menyertai DAP baru-baru ini menerusi laman blognya Isnin menilai gelagat PKR tayang plakad mahu Anwar jadi calon Perdana Menteri itu sebagai tidak menghormati Dr Mahathir dan Muhyiddin yang hadir sama.

Katanya sekalipun PKR ialah parti Anwar tetapi mereka tidak perlu tayang plakad.

Beliau mempersoalkan apa perlunya berlagak memilih calon Perdana Menteri dari kelompok mereka sedangkan mereka belum menang apa-apa lagi.

Sambil berpendapat Dr Mahathir orang yang sesuai jadi calon Perdana Menteri,Zaid kata beliau tidak faham cara pembangkang berpolitik.

Bagaimanapun pandangan Zaid telah disanggah oleh Ahli Parlimen DAP Klang Charles Santiago yang anggap PPBM adalah ‘budak baru’ dalam Pakatan Harapan.

Katanya Anwar sudah menjadi calon Pakatan sejak PRU 2008 dan PRU 2013.

Charles Santiago kata sekalipun Dr Mahathir kini berkerjasama dengan pembangkang untuk jatuhkan kerajaan BN tetapi ia tidak menjadi kriteria beliau jadi calon Perdana Menteri ataupun menamakan siapa Perdana Menteri.

“Mungkin Zaid mahu Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri tetapi bagi saya tidak masuk akal Dr Mahathir kini 92 tahun dan beliau pernah jadi Perdana Menteri selama 22 tahun,”katanya.

Selain itu Zaid juga hentam Naib Presiden PKR Rafizi Ramli kerana kritik beliau tolak Anwar calon Perdana Menteri.

Kata Rafizi orang yang mempunyai sejarah politik yang bermasalah tidak harus kritikrakan sendiri.

Zaid balas balik jika Rafizi adalah masa depan negara maka negara tidak ada masa depan kerana tidak boleh terima orang yang tidak setuju dengannya.

Pertelagahan tentang isu ini dijangka akan jalan terus kerana PKR memang tidak akan berganjak.

Malah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail secara terbuka kata beliau sedia jadi ‘ pemanas kerusi’ yakni Perdana Menteri sementara untuk beri laluan kepada suaminya pegang jawatan itu.

Rafizi pada kongres PKR sudah ‘tunjuk pandai’ lakarkan laluan bagaimana Anwar dapat dinobatkan jadi Perdana Menteri menerusi proses pengampunan.

Mungkin Ahli Parlimen Pandan ini merasa Pakatan boleh buat apa saja selepas menang sedangkan kes Anwar ialah kes amat serius iaitu meliwat dan kesalahan itu diputuskan oleh mahkamah.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pula sejak dulu tidak berubah terus menerus jual nama Anwar sebagai calon Perdana Menteri mereka.

Mat Sabu dan partinya PAN juga diketahui umum condong pada Anwar.

Sebenarnya polimek yang menyelubungi pakatan pembangkang bukan setakat calon Perdana Menteri tetapi juga soal kabinet bayangan.

Pakatan sampai hari ini tidak berani bukan cerita bab itu.

Rasanya semua orang boleh teka mengapa.

Senario ini yang membuatkan ada pemerhati yang bimbang pada kemungkinan mereka ‘ angkat senjata’ bergasak sesama sendiri berebut jawatan jika dapat tawan Putrajaya.

Ini belum masuk bab perbezaan ideoloji,hala tuju,pendekatan,gerak kerja dan lain-lain.

Apa yang berlaku pada PAS adalah bukti terbaru yang jelas.

Apakah Dr Mahathir,Muhyiddin,Mukhriz dan parti mereka PPBM mampu mempertahankan pendirian mereka?

Ada pemerhati yang berkata jawapannya nampak jelas terbentang.

Apa lagi bukankah mereka bertiga turut sama menandatangani petisyen ‘Bebas Anwar’ pada majlis perasmian kongres PKR untuk desak pembebasannya dari penjara kerana meliwat.

Juga Dr Mahathir sudah nak ‘cuci tangan’ cakap setelah tandatangan petisyen itu bukan beliau yang sumbat Anwar ke penjara.

Itu sudah kira U-Turn terbaru yang entah apa nak letak istilahnya.

Tnetu ramai yang boleh pening lalat bingung jika diimbas kembali pendirian bekas Perdana Menteri itu dulu mengenai kes moral Anwar sewaktu pecatnya dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Setelah buat U-Turn ‘ sucikan’ Lim Kit Siang dari dakwaan rasis…rasanya tiada apa lagi langkah Dr Mahathir yang boleh buat orang terkejut sampai jatuh pengsan.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment