Prinsip CAT kerajaan P.Pinang telah 'mati'

 Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang menganggap prinsip Cekap, Telus dan Amanah (CAT) yang dilaungkan kerajaan negeri pimpinan DAP telah 'mati', susulan pelbagai kepincangan dalam pentadbiran yang berjaya dibuktikan wakil rakyat BN sepanjang sidang DUN berlangsung.

Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid berkata, setakat ini sahaja kerajaan negeri dikenal pasti gagal menunaikan 51 janji yang dibuat sejak mentadbir Pulau Pinang, yang antara lain seiring dengan usia penubuhan DAP ke-51, pada tahun ini.

"BN negeri juga sudah membuktikan bahawa kerajaan negeri pimpinan DAP menjual tanah dalam kuantiti yang banyak dan ia berlaku sepanjang pentadbiran mereka.

"Tanah berkenaan sepatutnya dibangunkan sendiri oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) untuk projek kesejahteraan dan bukannya diberi kepada pemaju swasta.

"Situasi ini sekali gus membuktikan kerajaan negeri lebih mementingkan kepentingan sektor swasta dan projek mega, berbanding keperluan rakyat," katanya pada sidang media di Bangunan DUN Pulau Pinang di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Jahara berkata, kegagalan Exco negeri menghadiri sidang DUN yang sedang berlangsung, membuktikan pentadbiran mereka tidak serius apabila meletakkan kepentingan persidangan itu di tempat kedua.

Selasa lalu kesemua sepuluh ADUN Umno di Pulau Pinang memakai riben putih pada kemeja mereka kerana yakin pentadbiran amanah yang dijanjikan oleh kerajaan negeri pimpinan DAP sudah terkubur.

Ia berikutan keputusan Speaker Dewan, Datuk Law Choo Kiang yang juga ADUN PKR, untuk menolak usul mendesak Ketua Menteri Lim Guan Eng berundur sementara sehingga selesai perbicaraan kes rasuahnya.

Usul itu dikemukakan Jahara dan ADUN Pulau Betong, Muhammad Farid Saad bagi meminta Guan Eng melepaskan semua jawatan awam beliau sehingga perbicaraannya selesai.

Menurut Jahara tindakan menolak usul itu tanpa dibahas atas alasan teknikal amat dikesali.

Beliau berkata penolakan usul itu tanpa dibahas menunjukkan niat buruk kerajaan negeri menutup mulut pembangkang mengenai isu-isu penting melibatkan amanah rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana