PPBM PERALAT PAKATAN HARAPAN UNTUK ANGKAT MUKHRIZ JADI PM – HARIS

Setelah ‘jalan pintas’ melalui UMNO didapati gagal untuk mengangkat Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Seri Mukhriz Mahathir menduduki kerusi Naib Presiden UMNO, PPBM kini cuba menonjolkan bekas Menteri Besar Kedah itu melalui Pakatan Harapan (PH).

Bekas Pengawai Khas Politik Mukhriz, Haris Che Mat berkata, kini yang bergabung dalam pakatan pembangkang terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP telah menolak hasrat PPBM untuk menamakan pemimpinnya sebagai calon Perdana Perdana Menteri.

“PPBM amat berharap semua parti dalam PH dapat memberi laluan kepada pemimpin PPBM dilantik sebagai bakal Perdana Menteri ke-7 jika PH menang PRU akan datang,” kata Haris ketika dihubungi oleh Detiknews.com.

Baru-baru ini Kongres Nasional PKR di Selangor menyokong penuh agar Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri ke-7 dengan mengangkat plakad di depan pemimpin PPBM termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Isu itu menjadi bertambah kontorversi apabila Mukhriz pula membuat kenyataan bahawa hak melantik bakal Perdana Menteri daripada pakatan pembangkang bukan ditentukan oleh PKR tetapi melalui rundingan di dalam PH

Lebih menarik, Mukhriz pula bersetuju agar calon Perdana Menteri ke-7 itu diumum oleh PH sebelum PRU -14 sedangkan PKR sendiri telah ‘mengisytiharkan’ Anwar sebagai calonnya secara tidak langsung.

Haris yang juga Naib Ketua UMNO bahagian Pokok Sena berkata, sebenarnya PPBM memerlukan DAP, PKR dan PAN untuk memperkukuhkan parti mereka tetapi dalam masa yang sama PPBM pula mahu mengangkat pemimpin mereka secara “fast track” bagi menduduki kerusi Perdana Menteri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana