POLIS DIGESA SIASAT SEGERA AHLI PARLIMEN DAP SEGAMBUT

Tindakan Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng didakwa ‘membayar’ RM50,000 kepada sekumpulan warga China untuk menimbulkan kekecohan di hadapan premis Monspace di Bukit Jalil, Kuala Lumpur perlu disiasat segera.

Ketua Biro Pemantauan Salah Guna Kuasa & Hal Ehwal Cina, Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Tan Chee Chong berkata, pihak polis perlu menyiasat segera pengakuan salah seorang peserta yang menerima habuan itu yang kini tular di media sosial.

“Pada 22 Mei lalu saya terbaca satu artikel bertajuk Chinese National Arrive To Demand Action Against Monspace dan selepas artikel tersebut disiarkan di sebelah petang sebuah video (disyaki 19 peserta) memegang duit dengan bersorak gembira dalam bas dengan suara ‘kami diberi duit’.
“Kita ada bukti, dalam Facebook semua boleh nampak dalam video, ini bukan fitnah, di mana mereka kata ‘terima kasih kepada YB Lim Lip Eng bawa 19 orang pergi kacau (demo), lepas kacau dapat RM50,000,” katanya pada sidang media di luar pekarangan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini hari ini.

Awal bulan ini, seramai 19 warga China membuat laporan polis terhadap MonSpace kerana didakwa menipu mereka untuk melabur dalam skim wang menjamin pulangan besar namun tidak menjadi kenyataan.

Ia berikutan penyebaran berita bahawa MonSpace telah disenaraikan dalam oleh Bank Negara Malaysia (BNM) Financial Alert Pengguna Bank Negara Malaysia.
BNM berkata, senarai itu terdiri daripada 291 syarikat dan laman web yang telah tidak diberi kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan yang berkaitan yang ditadbir olehnya.

Mengulas lanjut, Chee Chong turut mempersoalkan tindakan 19 warga China terbabit yang menggunakan khidmat dua pemimpin DAP iaitu Lip Eng dan bekas Adun Pandamaran, Ronnie Liu tentang pelaburan mereka.

“Ada pihak ketiga cuba merosakkan nama baik Monspace. Kenapa 19 peserta tidak melaporkan masalah mereka di Kedutaan Malaysia di China dan Kedutaan China di Malaysia?” soalnya.
Chee Chong turut mempersoalkan tindakan Lip Eng yang membawa 19 warga China itu berhimpun di hadapan premis MonSpace sedang beliau boleh membuat laporan salah laku itu di China.
“Kalau dia nak tolong rakyat kita tiada masalah, tapi kena ikut undang-undang Malaysia, bukan dia sendiri jadi hakim, jadi gengster bawa semua orang pergi kedai orang buat kacau.
“Berapa dia dapat (bayaran) untuk buat kacau? Lebih baik jaga kawasan sendiri yang masih ada 23 masalah belum selesai,” katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana