PKR tetap tentang PAS di Permatang Pauh?Jangan Mimpilah PKR Nak Lagi

PKR membayangkan mahu kekal menguasai Permatang Pauh dan pendirian itu akan menyaksikan pertembungan dengan Pas parlimen berkenaan yang telah menutup hubungan tahaluf siyasi, bulan lalu.

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, perjuangan itu perlu diteruskan selari dengan hasrat suaminya yang juga bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wan Azizah yang kini Ketua Pembangkang berkata, suaminya sering berpesan agar Permatang Pauh dijadikan antara kubu kuat pembangkang sekiranya parti itu betul-betul mahu melakukan perubahan kepada negara ini.

"Anwar menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh pada 1982, sebab itu beliau mahu kawasan ini dijadikan tempat untuk kita melakukan anjakan bermula sekarang," katanya dalam program Ceramah Mega PKR di SP Arena di sini malam tadi.

19 Mac lalu, Yang Dipertua Pas Permatang Pauh, Omar Hassan mene­gaskan pintu rundingan untuk kembali menjalinkan tahaluf siyasi dengan PKR sudah tertutup kerana tidak bersetuju kerjasama antara PKR dengan DAP. 
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment