PKR sampaikan mesej ‘tiru macam saya’ pasal tiga Exco PAS Selangor…

Ini yang boleh diandaikan sebagai ada mesej yang tersirat.Umpamanya macam kita selalu kias ‘ pukul anak sindir menantu’.

Kalau nak tafsir…Itulah nampaknya apa yang telah diputuskan oleh mesyuarat Biro Politik PKR Selasa malam.

Ketika semua orang ternanti-nanti nak dengar apa pendirian rasmi PKR dalam isu tiga Exco PAS yang masih pegang jawatan dalam kerajaan negeri Selangor…ia ambil langkah tangguh keputusan mengenainya.

Tiga Exco PAS ialah Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.

Alasan yang diberi penentuan akan dibuat bila Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali balik dari luar negara nanti.

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR kini berada di Eropah untuk misi pelaburan.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail memberitahu demikian kepada wartawan selepas mesyuarat di ibupejabat PKR di Tropicana dekat Petaling Jaya.

Sebaliknya Biro Politik PKR itu  membuat keputusan yang boleh dikata satu lontaran mesej jelas kepada PAS  ‘tiru macam saya’.

Ia mengarahkan semua wakil PKR yang pegang jawatan politik seperti Ahli Majlis dalam kerajaan tempatan letak jawatan serta merta.

"Perkara ini telah disampaikan kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan," kata Wan Azizah.

Presiden PKR itu juga memberitahu partinya terima keputusan PAS putuskan kerjasama politik tetapi menolak alasan yang diberikan.

Majlis Syura PAS yang buat keputusan rasmi putuskan hubungan dengan PKR antara lain beri alasan adanya pelanggaran syarat tahaluf siyasi serta berkerjasama dengan pihak yang hendak menjatuhkan kerajaan negeri Kelantan.

Sementara itu kalangan pemerhati politik menilai ada ‘wayang’ dalam langkah PKR tangguh keputusan pasal tiga Exco Selangor dan sebaliknya arah wakilnya dalam kerajaan Kelantan letak jawatan.

Ini kerana semua pimpinan PKR sudah tahu sangat isu yang mereka hadapi dengan PAS dan lagipun ia bukan satu polimek baru.

Soal Azmin berada di luar negara mungkin hanya dijadikan alasan untuk main waktu.

Pimpinan PAS setakat ini bertegas tiga Exco mereka tidak akan letak jawatan selagi tidak ada titah dari Sultan Selangor arahkan demikian.

Siapa tahu ada kemungkinan PKR hendak tunggu keputusan rasmi bakal dibuat oleh Jawatankuasa PAS Pusat yang akan bermesyuarat Khamis ini mengenai isu berkenaan.

Andaian yang boleh dibuat mungkin begini…semua wakil PKR sudah letak jawatan di Kelantan...jadi PAS di Selangor bagaimana?

Senang cakap, kami letak jawatan di Kelantan…kamu patut letak jawatan di Selangor.

Jadi tidak mustahil orang PKR nanti boleh ‘pusing keliling kampong’ canang mereka lebih berprinsip dari PAS.

Apapun bab bercerai tapi masih duduk bawah satu bumbung adalah perilaku yang terlarang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana