PKR Perak buat lawak bodoh depan pejabat SPR...

Dah dekat dengan pilihanraya umum ini, PKR mula 'nyanyi' balik skrip lama kononnya  Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) berat sebelah.

PKR Perak tampil dengan aksi lucu  dengan membawa mesin fotostat dan meletakannya di depan pejabat agensi berkenaan.

PKR Perak melakukan gimik ini sebagai langkah membantah sikap SPR kerana tidak memperolehi salinan RDPT, seperti kelaziman,  bagi suku pertama 2017.

Bagi menarik perhatian rakyat walaupun ia kelihatan remeh temeh, PKR bekas Presiden ABIM, Senator Dr.Muhammad Nor Manuty  mengadakan perhimpunan aman di depan pejabat SPR, di Ipoh pada Khamis.

Lebih lucu melihat mereka membawa bersama-sama mesin photostat—ia gimik yang diharap dapat membuat orang ramai tertanya-tanya. Tetapi pada masa sama langkah itu membuatkan  orang tertawa.

Dalam usaha membantah keputusan SPR dalam isu RDPT, Muhammad Nor beraksi didepan mesin photostat  lalu gambarnya dirakam oleh jurufoto media—ia turut mendesak agar mereka dibekalkan soft copy (atau CD) RDPT.

Muhamad Noor bukan sendirin ke pejabat SPR sebaliknya ia ditemani kepimpinan PKR peringkat negeri. Wakil PAS seperti umum ketahui, tidak kelihatan lebih-lebih lagi apabila PAS secara muktamad memutuskan hubungan atau kerjasama dengan PKR.

Adegan yang mengundang hiboran melihat mereka meletakkan mesin fotostat bersama generator di depan pejabat SPR sambil Dr Muhammad Nor Manuty beraksi  melakukan salinan dokumen dengan disaksikan oleh beberapa pemimpin PKR lain.

PKR Perak turut  membangkitkan hal-hal lapuk bagi menguat hujah SPR tidak telus.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana