PKR-PAS…gara-gara nak duduk sebumbung setelah bercerai

Kedudukan kerajaan negeri Selangor memang tidak beres setelah Majlis Syura PAS membuat keputusan rasmi untuk bercerai dengan PKR pada Khamis lalu.Ia kini ibarat ‘Keluarga 69’ yang tidak aman bahagia dengan adanya tiga Exco kerajaan negeri dari PAS dalam sistem pentabiran yang dikuasai oleh Pakatan.

Ambil kira dalam mana-mana rumahtangga memang sukar dan aneh untuk duduk sebumbung bila susah bercerai.

Apa lagi kandongan tuduh menuduh yang membawa perceraian itu bukan kecik anak punya cerita.

Atas sebab itu hajat asal dihati kedua belah pihak - Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali dan pimpinan PAS – untuk teruskan ‘business as usual’ sekalipun hubungan politik antara PAS-PKR sudah putus nampaknya makin goyang dan retak menanti belah.

Mereka cuba ‘menghalalkan’ pentabiran Keluarga 69 itu mengunakan alasan kewujudan kerajaan negeri yang ada sekarang adalah atas mandat rakyat dalam pilihanraya umum kle 13 lalu maka mandat itu perlu diteruskan hingga pilihanraya umum ke 14.

Jadi bukanlah sesuatu yang mengejutkan muncul khabar terbaru mendakwa Azmin sudah minta tiga Exco PAS segera ‘angkat kaki’.

Ikut cerita orang dalam Timbalan Presiden PKR itu asalnya dikatakan seboleh-bolehnya mahu tiga Exco itu Datuk Iskandar Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib kekal dalam pentabirannya.

Sebagai orang politik yang kena jaga periuk nasinya Azmin dikatakan mahu tayang kepada dunia bahawa pentabirannya utuh dan tidak goyang ekoran kemelut dengan PAS.

Beliau dikatakan mahu mengekalkan persepsi yang baik-baik untuk berdepan dengab pilihanraya umum ke 14 nanti.

Lagipun semua orang tahu bagaimana beliau terhutang budi kepada PAS hingga dapat duduk ke jawatan nombor satu itu bila PKR tendang Tan Sri Khalid Ibrahim menerusi Langkah Kajang.

Namun sebab yang diberi oleh Majlis Syura PAS untuk bercerai cukup berat dan conteng arang ke muka PKR.

Majlis Syura kata ia mengambil keputusan batal hubungan politik dengan PKR kerana terdapat banyak perlanggaran terhadap syarat Tahaaluf Siyaasi menurut pertimbangan hukum syarak dan akhlak Islam.

Antaranya menentang sebahagian agenda Islam seperti RUU355,melanggar adab berkerjasama politik seperti menyerang pimpinan PAS dan membuat tuduhan-tuduhan palsu yang merosakan imej PAS.

Khianat dalam hubungan politik dengan PAS  antaranya dengan pihak-pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan negeri Kelantan dan menentang PAS dalam pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Dengar cerita kalangan pimpinan PKR ‘ angin satu badan’ dengan sebab bercerai yang digariskan oleh Majlis Syura PAS.

Samada betul atau tidak PKR tentu tidak mahu ada label menentang agenda Islam pada parti itu.

Ia sudah tentu menjejaskan sokongannya dikalangan orang Melayu.

Ini belum lagi pasal menyerang pimpinan PAS dan membuat tuduhan-tuduhan palsu yang merosakan imej PAS dan mahu menjatuhkan kerajaan negeri Kelantan.

Azmin sendiri dikatakan amat terkejut dan tidak senang hati.

Selain dari tekanan dari kalangan pimpinan PKR lain,ini yang dikatakan mendorong Azmin memanggil tiga Exco PAS dan meminta mereka letak jawatan.

Pertemuan itu juga dikatakan dihadiri oleh Persuruhjaya PAS Selangor yang baru Sallehen Mukhyi.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudddin Nasution Ismail tidak langsung menyembunyikan pendiriannya mahu tiga Exco PAS dan semua pejawat jawatan dari PAS dalam kerajaan negeri Selangor lepaskan jawatan masing-masing.

Beliau tidak nampak ada lojiknya mereka kekal dalam kerajaan negeri itu setelah bercerai.

Malah beliau memetik kata-kata arwah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi membidas beberapa exco PAS yang enggan meletak jawatan daripada kerajaan negeri Selangor yang diterajui PKR.

Dakwanya bekas Menteri Besar Kelantan itu menyatakan demikian apabila ahli-ahli exco daripada parti Semangat 46 yang enggan meletak jawatan daripada kerajaan Kelantan walaupun terputus hubungan dengan PAS pada tahun 1996.

"Tindakan mereka adalah tidak bermoral dan tidak bermaruah kerana mereka telah memutuskan hubungan politik dengan PAS dan Angkatan Perpaduan Ummah," petik Saifuddin dalam catatan di Facebook.

Suara Saifuddin yang pegang jawatan Setiausaha Agung adalah ibarat suara parti.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN) Khalid Samad yang juga Ahli Parlimen Shah Alam pula kata PAS tidak boleh berselindung di sebalik ‘mandat rakyat’ bagi menghalalkan tujuan mereka untuk memegang pelbagai jawatan termasuk EXCO dalam kerajaan Selangor.

Beliau mendakwa parti Islam itu sebenarnya sudah lama mengenepikan amanah yang diberi rakyat berikutan enggan menyertai Pakatan Harapan (PR).

“Kalau sudah tidak mahu bersama PKR dan PR, sila keluar dari kerajaan Selangor. Jangan bagaikan istihar cerai tetapi masih hidup bersama.

“Saya cadangkan PAS konsisten dalam sikapnya dan jangan berselindung di sebalik ‘mandat rakyat’. PAS sudah lama ketepikan amanah rakyat yang dulu memenangkan calon mereka,” katanya.

Majlis Syura PAS telah menyerahkan soal kedudukan PAS dalam kerajaan negeri Selangor pada Jawatankuasa Pusat PAS.

Persuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi dalam kenyataan segera selepas keputusan Majlis Syura itu kata tiga Exco PAS akan kekal.

PAS tentu ada sebab politik tersendiri bertegas hendak kekal pegang tiga jawatan Exco itu.

Juga Majlis Syura PAS tentu ada maklumat tersendiri yang dikumpul bila mengariskan sebab hendak bercerai dengan PKR.

Lagipun PAS memang tidak boleh pandang DAP dan PAN yang jadi sekutu PKR dalam Pakatan Harapan.

Namun politik tetap politik.Situasi terkini nampak agak kronik setelah Azmin sendiri dikatakan mahu tiga Exco PAS itu letak jawatan.

Maka silalah teropong terus kearah Selangor.Kalau sudah begitu halnya maka bila-bila masa kemungkinan ada yang ‘meletup’.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana