PKR LEBIH ZALIM DARI PAS KERANA IKUT TELUNJUK DAP

Selepas mendakwa PKR menuduh Pas zalim disebabkan condong kepada UMNO, bekas ketua dewan pemudanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, PKR juga zalim kerana terus menjalinkan hubungan rapat dengan DAP, bekas sekutu Pas.

Nik Abduh berkata, biarpun PKR menuduh parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang rapat dengan UMNO selepas beberapa kali dilihat bersama dengan pimpinan UMNO termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Namun tambah Nik Abduh, tuduhan condong kepada UMNO tidak tepat kerana masih tiada apa-apa kerjasama antara kedua-dua parti dalam masa terdekat.

“Kamu (PKR) tuduh Pas rapat dengan UMNO, tuduh Pas zalim. Saya nak tuduh PKR rapat dengan DAP, jadi PKR pun zalim juga.

“Pas dengan UMNO sehari dua, belum jalin kerjasama. Yang mereka nampak (Datuk Seri) Hadi Awang pakai baju sedondon dengan (Datuk Seri) Najib, dan pertemuan Hadi Awang dengan (Datuk Seri) Shabery Cheek di Terengganu.

“Itu belum lagi tahaluf siyasi dengan UMNO, dan belum tentu lagi ada kerajaan campuran dengan UMNO,” katanya dalam satu ceramah di kawasannya di Pasir Mas, Kelantan semalam.

Menurut Nik Abduh, PKR sudah menzalimi Pas dengan membuat kerjasama dengan DAP, dan Parti Amanah Negara (PAN) yang kemudiannya membentuk Pakatan Harapan dua tahun lalu.

“PKR memang sudah buat Pakatan Harapan dengan DAP, sudah mesyuarat sekali sampai sanggup pecah dengan Pas kerana sayangkan DAP. Jadi yang mana betul?

“Yang PKR tuduh Pas condong kepada UMNO, itu tuduhan baru. Tidak ada apa kerjasama lagi, masih bermusuh. Tiada ada apa, cuma pakai baju sedondon, bersama-sama dalam acara rakyat, dan UMNO sokong pindaan RUU355.

“Kita terima kasih kepada UMNO kerana merekalah menyebabkan Hadi Awang boleh bentang RUU355, bawa suara Pas yang berjuang sejak 1993,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana