PKR KINI BERJUANG SEPERTI DAP UNTUK LAKSANAKAN MALAYSIAN MALAYSIA

Parti Tindakan Demokratik (DAP) ialah sebuah parti politik Malaysia yang kononnya dibentuk untuk pelbagai kaum. Ia ditubuhkan pada 18 Mac 1966. DAP terkenal dengan konsep “Malaysian Malaysia” (Malaysia untuk semua rakyat Malaysia).

Parti di bawah pimpinan pemimpin veteran DAP itu kononnya komited kepada perjuangan untuk sebuah Malaysian Malaysia yang bebas, berunsur sosialisme demokratik, berdasarkan prinsip-prinsip hak asasi manusia, kesamarataan, keadilan sosial dan ekonomi, dan berasaskan institusi demokrasi parlimen.

Tetapi itu cuma retorik sahaja. Namun difahamkan ada sebuah parti lain mempunyai persamaan dalam matlamat perjuangan dengan parti rasis dan cauvinis DAP.

Ini boleh dilihat apabila matlamat perjuangan PKR dikatakan hampir sama dengan DAP, iaitu yang kononnya memperjuangkan hak sama rata untuk semua kaum di Malaysia atau Malaysian Malaysia.

Itulah yang dinyatakan oleh bekas Yang Di-Pertua YADIM, Datuk Mohd Nakhaei Ahmad. Pendedahan kenyataan Nakhaei itu telah diulas oleh Dr Kamarul Zaman Yusoff, Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam Facebooknya.

“Mereka menuntut persamaan hak bagi semua kaum yang menjadi rakyat negara ini. Masyarakat India menggantung harapan tinggi kepada PKR untuk memberi kebebasan kepada mereka membina kuil dan menyamakan kedudukan kuil-kuil mereka dengan masjid dan status agama Hindu dengan Islam” kata Nakhaei ketika menulis dalam buku “Meniti Hari Menuju Senja (Mengimbau Penglibatan Dalam Dakwah Dan Politik)”, terbitan Global Da’wah Friendship Society.

Nakhaei yang juga bekas Presiden PAS mengatakan beliau bersama bekas-bekas aktivis PAS terlibat secara langsung dalam penubuhan parti Keadilan pada tahun 1999.

“Dalam keadaan yang sedang dihadapi itu, tentu sahaja tidak mudah untuk menubuhkan sebuah parti politik yang baru. Hanya satu jalan sahaja yang terluang, iaitu mengambil-alih parti politik yang ada yang ditubuhkan tetapi tidak aktif.

“Aku teringat kepada seorang teman semasa bersama di dalam PAS, iaitu Abdul Wahab Yunus dari Terengganu yang keluar daripada PAS dan menubuh sebuah parti baru.

“Tugas mengambil-alih parti itu dan penukaran namanya dilakukan oleh Zulkifli Daud. Kebanyakan kerja-kerja mengambil-alih parti Abdul Wahab Yunus itu dijalankan oleh beliau sehingga tertubuhnya Parti Keadilan Nasional,” kata Nakhaei.

Malah Nakhaei turut mengesahkan berkenaan dana-dana asing yang sering diperkatakan terhadap PKR.

“Aku mula mencium bau yang tidak enak ketika menjalankan usaha penubuhan Parti Keadilan itu. Ada kumpulan tertentu yang ingin memonopoli kuasa parti yang baru ditubuhkan itu di tangan kumpulan mereka.

“Bahkan aku dimaklumkan ada pihak yang terbang ke luar negara mengutip derma untuk membiayai pembelaan ke atas Anwar dan wang yang dikutip itu entah ke mana. Aku mula tawar hati dengan perkembangan itu,” katanya.

Pada mulanya, Nakhaei mengatakan beliau tidak mempercayai skandal seks yang dilemparkan kepada Anwar Ibrahim, namun pendiriannya mula berubah selepas berkomunikasi dengan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan orang-orang kepercayaannya.

“Walaupun aku menyatakan kepada Tun pada waktu itu bahawa aku tidak tahu-menahu mengenai skandal seks yang melibatkan Anwar Ibrahim dan tidak mempunyai pendirian apa pun terhadap tuduhan itu kerana aku tidak memiliki bukti, namun perjumpaan itu mendorong aku untuk mengetahui lebih jelas mengenainya.

“Aku mula menyelidiki dan menemui pihak-pihak yang mungkin mengetahui mengenai isu ini. Setelah banyak bertanya dan menyelidik perkara tersebut, aku mula merasai bahawa sesuatu yang tidak kena telah berlaku.

“Tidak mungkin orang-orang yang menceritakan kepada aku mengenai perkara itu berpakat menceritakan perkara yang sama. Terutama setelah menemui Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang memaparkan senario yang mencurigakan di pejabat Dato’ Seri Anwar Ibrahim sepanjang perkhidmatannya di sana,” Nakhaei.

Selain itu, Nakhaei juga mengakui pemikiran Islam bekas Perdana Menteri itu hampir sama dengan Kasim Ahmad.

“Suatu ketika (Dr Mahathir) memanggil aku ke pejabatnya. Beliau menyatakan keraguannya mengenai hadith-hadith yang terkandung dalam Sahih Bukhari. Kemusykilannya menyamai apa yang difahami oleh Kasim Ahmad,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana